GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti?

Zamil Syaheer · Jan 23, 2022 10:00 AM

GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti? 01

Sekiranya khabar angin ini betul, nampaknya Great Wall Motor (GWM) Tank sedang mengusahakan saingan Suzuki Jimny yang dipanggil Tank 100.

Tetapi adakah ia betul ataupun sekadar propa?

GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti? 02

Kami menghubungi rakan sekerja kami dari China, dan mereka mengatakan bahawa imej ini hanyalah lakaran saja.

GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti? 01

Gambar asal

Seseorang telah mengambil imej Suzuki Jimny generasi semasa dan mencantumkan rupa depan Tank 100. Ianya nampak ‘real’ sangat, sehingga banyak saluran media tertipu.

GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti? 02

Tank 500 ini adalah nyata, tidak seperti Tank 100

Anak syarikat Tank GWM kini menawarkan dua model, Tank 300 dan Tank 500. Yang terakhir ialah SUV saingan Toyota Land Cruiser yang baru mula dijual, dengan harga antara CNY 335,000 hingga CNY 395,000.

GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti? 03

Bagi Suzuki Jimny yang comel, model itu membuat penampilan pertama di Malaysia pada September 2021, lima bulan selepas Swift Sport.

Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?

GWM Tank 100, Suzuki Jimny ‘copy ori’ China yang lebih murah dan kurang berkualiti? 04

Satu-satunya varian Jimny yang ditawarkan di Malaysia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 102 PS dan 130 Nm, disambungkan pada transmisi automatik empat kelajuan. Ia berharga RM 168,900 (diatas jalan tanpa insurans dan dengan diskaun SST, sah sehingga 30-Jun 2022).

Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru