window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh!

Zamil Syaheer · May 27, 2023 04:00 PM

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 01

Kalau sebut sahaja sukan permotoran ('motorsports') dekat Malaysia ini, rata-rata mesti akan menyebut Formula Satu (F1) dan MotoGP, serta kewujudan Litar Antarabangsa Sepang. Namun, tanggapan ini cukup meleset sama sekali, dan hanyalah satu stereotaip sahaja.

Sebenarnya, kita ada pelbagai acara serta disiplin sukan permotoran di tanah air tercinta pada tahap ‘grassroots’ (akar umbi). Antara contoh yang kita ketahui adalah disiplin seperti drag, drifting, autocross, gymkhana, dan serangan masa ('time attack').

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang menarik adalah acara sebegini direka khusus untuk menarik minat 'golongan marhaen' untuk mengambil bahagian. Malah, anda pun boleh menggunakan kereta ataupun motosikal standard!

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 01

Tidak percaya? Ambil contoh acara Cartell Gymkhana Vol III anjuran Carlist.my pada 20hb Mei 2023 yang lalu di salah satu parkir di Stadium Shah Alam. Dengan yuran pendaftaran serendah RM 60, anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan berpeluang untuk ‘melenjan’ kereta anda di tempat yang terkawal dan selamat.

Sehubungan dengan ini, mesti anda nak tahu apa itu gymkhana, dan ada ke faedah lain selain ‘melanjan’ dengan selamat? Sudah tentu! Mari kita huraikan.

Apa itu gymkhana?

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 02

Di Australia, acara sebegini mungkin dikenali sebagai Motorkhana, manakala di New Zealand, UK dan Ireland, ia lebih popular dipanggil Autotesting. Idea gymkhana serta nama itu sendiri diilhamkan daripada disiplin ekuestrian gymkhana.

Matlamat gymkhana adalah untuk mencapai masa terpantas dengan meminimalkan kesilapan. Bezanya, anda perlu menghafal ‘track layout’ yang direka khusus dan bukannya yang sedia ada seperti Litar Antarabangsa Sepang!

Selain itu juga, gymkhana memerlukan pemandu lakukan aksi seperti slalom, pusingan 180 darjah, 360 darjah, dan/atau ‘figure 8’. Ada juga acara yang memerlukan anda untuk mengundur dan masuk ke dalam kotak parkir, cuma ianya jarang dilakukan di sini.

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 03

Teknik drifting juga digalakan sekiranya ia membantu ataupun membuat anda lebih tangkas. Tetapi, bukan semua kereta boleh drift ataupun ada yang bajet tayar tidak tinggi, jadi tiada masalah pun sekiranya anda tidak melakukannya. Penggunaan brek parkir ('handbrake') serta ‘left-foot braking’ juga digalakan.

Baca juga: Drift 101: Penulis Wapcar BM masuk kelas belajar drift, susah ke senang je?

Bagaimana ia dijalankan?

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 04

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 05

Selalunya, anda mendapat ‘track layout’ sehari sebelum atau pada hari acara sendiri. Kemudian, akan anda perlu perlu datang pada awal pagi untuk pendaftaran, mengambil nombor perlumbaan, dan wajib mendengar sesi taklimat untuk memahami peraturan dan garis panduan.

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 06

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 07

Contoh 'track layout' gymkhana

Setelah itu, barulah sesi ‘track walk’ akan diadakan, dimana anda boleh berjalan di dalam ‘litar’ untuk menghafal serta memahami dimana posisi kon dan apa yang perlu dilakukan.

Untuk pertandingan pula, setiap peserta diberikan satu lap pusingan latihan (‘warm-up lap’), dan dua pusingan yang dikira (‘timed run’), dibahagikan kepada dua atau tiga sesi dalam satu hari, dengan masa terpantas digunakan untuk menentukan pemenang sesuatu kelas.

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 08

Contoh jadual acara pertandingan gymkhana

Penalti masa akan dikenakan sekiranya anda melanggar kon hingga jatuh daripada tempat asalnya ataupun tersalah arah. Jika berlaku kerosakkan, anda akan dikira sebagai gagal menghabiskan pusingan, ataupun DNF (‘did not finish’).

Ada juga acara gymkhana yang menggunakan dua ‘track layout’ berbeza pada setiap sesi. Ini lebih mencabar, selalunya khusus untuk kategori pemandu pertengahan ataupun professional. Kategori amatur ataupun permulaannya kerap kali akan menggunakan satu sahaja ‘track layout’ sepanjang acara berlangsung.

Menarik! Ada faedah ke gymkhana ini?

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 09

Sudah semestinya. Antara faedah ketara dengan disiplin gymkhana ini adalah:

  • Disiplin permotoran paling murah untuk bermula, kos rendah

  • Anda tidak perlukan kereta berprestasi tinggi – standard kilang dan automatik pun boleh

  • Skil pemanduan defensif anda akan bertambah baik, menjadikan anda lebih selamat serta tangkas untuk bertindak

  • Anda dapat ‘membelasah’ kenderaan dalam keadaan terkawal dan selamat, serta memahami karakter kenderaan anda

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 10

  • Mempromosikan aktiviti sihat kerana ianya mencabar fizikal serta mental

  • Mengelakkan aktiviti lumba haram di jalan awam

  • Tiada had umur, asalkan ada mampu memandu

  • Ia menyeronokkan!

‘Keras’ ke modal nak main?

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 11

Gymkhana tidak memerlukan litar lumba; cukup sebuah kawasan lapang seperti parkir yang besar. Tambahan pula, lesen memandu pun bukanlah satu kewajipan.

Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli sut perlumbaan mahupun kelengkapan yang khusus untuk sukan permotoran dengan cop “FIA Approved”; cukup sekadar topi keledar yang diiktiraf oleh SIRIM, kasut dengan tapak ‘flat’, dan seluar panjang. Sarung tangan pun selalunya opsyenal.

Tali pinggang keledar semestinya wajib dipakai, dan tidak perlu menggunakan ‘racing harness’.

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 12

Yang paling penting, anda tidak perlu menggunakan kereta berprestasi tinggi mahupun yang ditala khusus untuk gymkhana. Tambahan pula, hanya gear 1 dan 2 sahaja yang kerap kali digunakan, jadi ia tidaklah terlalu laju. Kereta standard kilang pun boleh pakai beb!

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 13

Tak percaya? Kereta di atas merupakan Perodua Axia 2023 varian H pertengahan standard dengan transmisi D-CVT lagi. Boleh je, siap masa yang dicatatkan lebih laju lagi kebanyakkan kereta berprestasi ataupun lebih mahal!

Nak bukti lagi? Ini dia sebuah Proton Iswara bewarna hijau yang nampak seperti sebuah kereta harian yang biasa dipandu oleh pakcik dan makcik untuk pergi ke pasar. Bahkan juga, pemandunya pula adalah seorang wanita, siap menang trofi tempat pertama untuk kategori Showroom. Padu kan?

Kesimpulan

Agak sukar untuk menyingkirkan stereotaip bahawa sukan permotoran hanya untuk ‘golongan kayangan’ sahaja. Tetapi, dengan adanya disiplin gymkhana sebagai salah satu cabang sukan permotoran di peringkat akar umbi dengan kos yang berpatutan di Malaysia, ia membuka peluang untuk ‘golongan marhaen’ yang ingin mencuba sendiri bagaimana rasanya untuk berlumba secara sah.

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 14

Seperti yang kami nyatakan di atas, terdapat banyak kelebihan untuk anda sebagai pemandu sekiranya anda menyertai acara gymkhana. Anda boleh mempelajari cara pemanduan defensif untuk meningkatkan tahap pengendalian dan kemahiran pemanduan anda di dalam situasi terkawal dan selamat.

Baca juga: 5 teknik sekolah pemanduan defensif yang anda boleh guna setiap hari!

Gymkhana - disiplin 'motorsports' yang paling 'marhaen', serendah RM 60 - kereta standard pun boleh! 15

Kalau anda takut ataupun tidak pasti bagaimana untuk bermula, terdapat ramai otai-otai mahupun peserta lain yang tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan anda.

Jika anda berminat, sertai kumpulan Facebook CarTell by Carlist.my untuk mendapatkan info lanjut tentang acara gymkhana seterusnya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda