window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand!

Haris Β· Mar 28, 2022 06:30 PM

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 01

Hyundai Creta 2022 baharu telah membuat penampilan pertamanya secara terbuka di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2022 yang berlangsung minggu lepas. SUV segmen B ini diimport dari Indonesia (CBU) tetapi tidak seperti 4 varian di sana, Thailand hanya mendapat 2 varian, SE dan SEL.

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 02

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi petrol yang menghasilkan 115 PS/144 Nm yang dipadankan dengan automatik CVT yang dinamakan Hyundai IVT. Kuasa dihantar ke roda hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Hyundai Elantra 2021 hadir dengan transmisi IVT 8 kelajuan dan ini perlu diberi perhatian!

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 01

Hyundai Creta diposisikan di bawah Kona dalam barisan SUV Hyundai yang berkembang dan walaupun kedua-dua model berkongsi segmen yang sama, Hyundai Creta disasarkan ke arah pasaran membangun seperti Asia Tenggara.

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 02

Hyundai Creta sebelum ini pernah dilancarkan di India, China, Brazil dan Rusia namun tidak di rantau ASEAN. Penampilan ini turut memperlihatkan Hyundai akan tampil dengan model spesifik untuk pasaran ASEAN yang menjadikan Indonesia sebagai hab pengeluaran utama di rantau ini.

Baca: Hyundai Ioniq 5 CKD Indonesia mula pengeluaran, pemasangan pertama di luar Korea Selatan!

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 03

Apa yang lebih menarik adalah, Hyundai Creta disasarkan tepat kepada Honda HR-V dari segi harga dan ciri kelengkapan. Varian SE asas bermula dari THB 949,000 (~RM 120k) yang hanya sedikit murah berbanding harga permulaan HR-V yang dipasang di Thailand dari THB 979,000 (~RM 123k).

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 04

Kedua-dua HR-V dan Creta didatangkan dengan ADAS dan 6 beg udara sebagai standard di Thailand, walaupun Honda masih dilengkapi dengan lebih baik dari segi pakej suite ADAS. Hyundai SmartSense pada Creta hanyalah suite separa penuh tanpa kawalan pelayaran adaptif (ACC) di mana ciri ini tersedia pada Honda Sensing yang ada di HR-V.

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 05

Selain daripada ciri keselamatan, Hyundai Creta pasaran Thailand didatangkan standard dengan:

  • Kluster instrumen LCD penuh 10.25-inch
  • Kerusi kemasan kulit
  • Penyaman udara automatik
  • Pengecas nirwayar
  • Corong penyaman udara belakang
  • Sistem infotainment 8-inci dengan Apple CarPlay/Android Auto
  • 6 pembesar suara

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 06

Sementara itu, varian SEL yang lebih atas bermula pada THB 999,000 (~RM 126k) dan menambah bumbung suria panoramik dan pencahayaan ambien untuk kabin. Harga ini jauh berbeza daripada dua lagi varian HR-V, varian EL (THB 1,100,000 atau kira-kira RM 137k) dan RS (THB 1,200,000 atau kira-kira RM 149k).

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 07

Sama ada Hyundai Creta boleh bersaing dengan baik terhadap Honda HR-V bergantung pada persepsi pembeli Thailand terhadap Hyundai. Hal ini kerana, jenama Jepun dan baru-baru ini, jenama Cina kekal menjadi kegemaran di kalangan peminat Tomyum dalam aspek pembelian kereta.

Baca: Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok

H senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand! 08

Di tanah air, penampilan pertama Hyundai Creta di Malaysia masih di awang-awangan serta Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) berkemungkinan akan menjadikan Hyundai Tucson serba baharu sebagai pelancaran modelnya yang terbaru. Namun, spekulasi mengenai peluang Hyundai Creta tampil dalam pasaran tempatan adalah cerah kerana model itu adalah produk serantau Hyundai untuk pasaran membangun, termasuk Malaysia.

Baca: Hyundai Creta dilancarkan di Thailand – RM 119k, saing-saing harga Honda HR-V Hybrid 2022, amacam?

Gambar langsung dari BIMS 2022 ihsan dari AutoFun TH

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda