window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik!

Haris Β· Sep 15, 2021 06:00 PM

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik! 01

Keterhubungan mobiliti adalah cara baru untuk industri automotif, dan dengan adanya internet, perisian dalaman serta sistem kedudukan global yang canggih boleh dicapai melalui telefon pintar.

Kini, tidak ada perkara yang tidak boleh dilakukan untuk memperkaya pengalaman pemanduan anda. Pengalaman permotoran hari ini sangat memudahkan, lebih personal dan menyeronokkan, dan apa yang lebih penting ia tambah melegakan fikiran pemilik kenderaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi pemilik kenderaan Toyota, apa yang sebelum ini dipanggil bantuan jalanan telah melangkah ke hadapan dengan pengenalan aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota.

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik! 01

Ditawarkan pertama kali dalam industri, apa yang diperlukan kini hanyalah beberapa leretan di telefon anda untuk meminta bantuan segera, walaupun bagi perkara sekecil kehabisan minyakatau kebocoran tayar. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan meminta bantuan menerusi aplikasi mudah alih di telefon, dan bantuan akan tiba sepantasnya.

Sudah tentu, jika anda lebih gemar untuk bercakap dengan seseorang di talian, anda masih boleh menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-888-247.

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik! 02

Malang tidak berbau

Dalam kecemasan, kita sering merasa resah dan tidak tahu apa sepatutnya yang perlu dilakukan, bahkan sama ada bantuan akan tiba atau sebaliknya. Inilah masalah yang ingin ditangani oleh aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota. Ciri utama yang dibina dalam aplikasi mudah alih ini termasuklah butang SOS dengan ciri pengesanan jejak masa nyata.

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik! 03

Pengguna boleh menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan akan tiba kepada mereka. Jaminan selanjutnya ialah bantuan berkenaan datangnya dari cawangan rasmi Toyota atau penyedia perkhidmatannya.

Pemilik kenderaan mampunyai pilihan untuk mendapatkan bantuan dari cawangan Toyota kegemaran mereka bagi servis semua yang ditawarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang tahun di seluruh negara.

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik! 04

"Kami telah menyediakan Bantuan Jalanan 24Seven Toyota kepada pelanggan sejak 20 tahun lalu. Ini perkhidmatan yang terus diberi penambahbaikan bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau ketika berada di jalanan.

Dengan perkembangan teknologi mudah alih yang semakin maju, langkah seterusnya bagi kami adalah untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membawa servis ini ke tahap lebih tinggi," jelas Presiden UMW Toyota, Ravindran K.

Habis minyak, tayar bocor? Bantuan pantas dengan aplikasi 24Seven Toyota untuk pemilik! 05

MANFAAT UTAMA BANTUAN JALANAN 24Seven TOYOTA

  • Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu di seluruh negara
  • Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih, tablet atau nombor talian bebas tol
  • Baik pulih minor di lokasi percuma
  • Tundaan percuma dalam negeri (tertakluk terma dan syarat)
  • Muat turun percuma aplikasi di Googe Play Store atau Apple App Store

Bantuan Jalanan 24Seven Toyota menawarkan baik pulih minor di lokasi serta khidmat tundaan (hingga 50 km) kepada pemilik kenderaan Toyota (tertakluk kepada terma dan syarat).

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota GR 86 2.4 MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda