window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Had laju 30 km/j, buang petak parkir di Paris demi alam sekitar. Malaysia boleh?

Mersita ยท Sep 2, 2021 09:00 AM

Had laju 30 km/j, buang petak parkir di Paris demi alam sekitar. Malaysia boleh? 01

Pihak berkuasa di negara-negara membangun merangka pelbagai cara untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau dan bunyi di bandar masing-masing untuk suasana lebih selamat dan selesa. Pihak berkuasa di ibu kota Perancis pula baru-baru ini menguatkuasakan had laju kepada hanya 30 km/jam di hampir keseluruhan bandar Paris bagi tujuan ini.

Pelaksanaan undang-undang had laju 30 km/jam ini sudah dikuatkuasakan di sekitar 60% kawasan bandar Paris, tetapi kini ia akan merangkumi semua jalan raya di kota itu. Pengecualiannya hanyalah melibatkan beberapa jalan raya utama  seperti Champs Elysees, dimana had kelajuan asalnya iaitu 50 km/jam dikekalkan.

Had laju 30 km/j, buang petak parkir di Paris demi alam sekitar. Malaysia boleh? 02

Champs-Élysées. Foto: iStock

Bagi mengekang lagi penggunaan kenderaan bermotor di kawasan bandar, pihak berkuasa kota itu juga sedang menghapuskan sebanyak 60,000 petak parkir di jalan raya awam bagi membuatkannya “lebih mudah diakses bagi semua orang”, dan menggalakkan lebih penggunaan parkir bawah tanah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan CNN, ruang pejalan kaki di beberapa tempat akan dilebarkan untuk memberi ruang lebih besar kepada pejalan kaki dan penanaman pokok serta tumbuhan. Laluan berbasikal baharu juga akan ditambah susulan tindakan ini.

Had laju 30 km/j, buang petak parkir di Paris demi alam sekitar. Malaysia boleh? 01

Foto: AFP

Tetapi, bagaimana pula reaksi orang awam terhadap pelaksanaan had laju terbaru ini? Walaupun ada golongan yang menyokong tindakan ini, laporan mengatakan pelaksanaan undang-undang ini dianggap satu ‘kerja gila’ kerana ia mengundang kesesakan lalu lintas lebih serius di ibu kota itu.

Ada yang mengatakan pemandu kereta bergerak di jalan raya seperti skuter elektrik dan melambatkan perjalanan pelbagai pihak termasuk industri logistik dan penghantaran. Tambahan pula, beberapa pengkritik mengatakan yang tetapan had laju rendah ini sebenarnya menghasilkan lebih banyak pencemaran disebabkan oleh kesesakan trafik lebih teruk.

Timbalan Datuk Bandar Paris David Belliard memberitahu media BFMTV yang harapan daripada penetapan had laju ini adalah untuk mencegah orang ramai daripada memandu dan menggalakkan mereka untuk berjalan, berbasikal, dan menggunakan pengangkutan awam.

Had laju 30 km/j, buang petak parkir di Paris demi alam sekitar. Malaysia boleh? 02

Foto: Bloomberg

Beliau turut memuatnaik ciapan di Twitter sebagai respon kepada kritikan terhadap pelaksanaan undang-undang terbaru ini dengan mengatakan, “Tidak, had laju 30 km/jam tidak meningkatkan pencemaran … Tapi, ia sebenarnya meningkatkan tahap keselamatan pembonceng basikal dan pejalan kaki, merendahkan tahap bunyi dan membuatkan bandar lebih tenang.”

Apa pendapat anda? Adakah langkah ini berkesan untuk mengurangkan pencemaran? Bagaimana pula jika pelaksanaan agresif yang sama dijalankan di Malaysia?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda