window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British!

Khairil ยท Aug 19, 2021 06:00 PM

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British! 01

Arena sukan permotoran negara dan antarabangsa 'bergegar' susulan penarikan tajaan Petronas bersama pasukan MotoGP Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bermula musim depan. Ia diikuti penamatan kerjasama SIC dengan SRT tidak berapa lama kemudian.

Seperti senada dengan Petronas, SIC atau Litar Antarabangsa Sepang mengesahkan perkembangan berkenaan menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhan Shafriman Hanif.

Juga baca: Sah, Petronas akhiri perjanjian tajaan bersama Sepang Racing Team (SRT) di MotoGP tamat musim 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British! 01

Sebagai satu-satunya pelumba Malaysia di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia atau MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah sedikit sebanyak terkena tempiasnya.

Pernah menjadi 'anak emas' Petronas pada satu ketika dulu, hubungan Hafizh dan syarikat gergasi negara itu cukup keruh dengan pelumba itu ketika ini beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP dalam saingan Moto2.

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British! 02

Ketika tercetus persoalan daripada pengguna Instagram menyatakan 'perpisahan' Petronas dan SRT memberi peluang Hafizh untuk menyertai SRT, jawapan yang diberikan pelumba itu di laman sosialnya cukup ringkas iaitu 'No' atau tidak.

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British! 03

Dan fokus pelumba kelahiran Ampang itu ketika ini adalah terhadap perlumbaan seterusnya di GP Britain yang dijadual berlangsung di Litar Silverstone pada 29 Ogos ini.

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British! 04

“Dua perlumbaan di Austria agak sukar sedikit bagi saya. Terutama pada perlumbaan kedua, disebabkan keadaan cuaca, saya banyak bergelut untuk mengekalkan kelajuan jentera terutama ketika keluar daripada selekoh.

"Tetapi apapun, saya dapat memperbaiki kelajuan saya dan lebih konsisten cuma perlumbaan itu tak menyebelahi saya untuk mengutip mata.

Juga baca: SRT umum hala tuju pasukan sebelum GP British di Silverstone!

Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British! 05

"Apapun, saya akan mencuba yang terbaik di perlumbaan berikutnya (Silverstone) dan  berharap jentera berada dalam keadaan terbaik nanti," kata Hafizh yang ketika ini sudah berada di UK sebagai persiapan menjelang aksi pada 29 Ogos itu nanti.

Selepas 11 pusingan perlumbaan, Hafizh ketika ini menghuni tangga ke-26 kesuluruhan pelumba Moto2 selepas hanya mengutip 8 mata. Catatan mata terakhir diperolehnya adalah di GP Itali, Mei lalu.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda