window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru?

Khairil · Sep 19, 2022 05:30 PM

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru? 01

Selain MotoGP, spekulasi membabitkan senarai pelumba yang bersaing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim depan turut hangat diperkatakan ketika ini dan antara perkembangan yang ingin diketahui peminat Malaysia adalah membabitkan Hafizh Syahrin Abdullah.

Ketika ramai pelumba lain sudah mula mengesahkan 'seat' mereka dalam pasukan masing-masing, timbul satu laporan melegakan apabila Hafizh dikatakan akan kekal bersama pasukan dari Jepun, MIE Racing Honda musim depan.

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun belum ada kenyataan rasmi daripada MIE Racing Honda setakat ini, perkembangan menarik itu dilaporkan oleh Crash.net dengan kontrak Hafizh dijadual berakhir pada musim 2023.

Tetapi apa yang agak mengejutkan, tiada dalam senarai itu adalah rakan sepasukan Hafizh pada musim ini iaitu pelumba Argentina, Leandro Mercado. 

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru? 01

Sebagai rekod, Hafizh mula menyertai saingan WSBK pada musim ini selepas mengubah angin daripada saingan MotoGP.

Begitupun selepas berakhir tujuh pusingan, keputusan yang dicapai Hafizh yang berlumba menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R tidak begitu memberi keterujaan.

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru? 02

Apa yang pasti, perkembangan ini menghadirkan khabar gembira buat peminat sukan permotoran tempatan yang berharap Hafizh dapat meneruskan kariernya dalam kancah berkenaan. Tetapi ada yang masih berharap bekas pelumba itu kembali ke saingan MotoGP.

Disebalik keputusan kurang memberangsangkan, Honda secara keseluruhan pada musim ini tampak bergelut dengan pelumba pasukan utama, Iker Lecuona sekadar berada di tangga kesembilan keseluruhan selepas mengumpul 140 mata.

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru? 03

Sebagai perbandingan, pendahulu kejuaraan dari Ducati, Alvaro Bautista sudah mengumpul 332 mata diikuti pelumba Yamaha, Toprak Razgatlıoglu (302 mata) dan pelumba Kawasaki, Jonathan Rea mengumpul 285 mata.

Hafizh dalam pada itu menghuni tangga ke-23 selepas sekadar mengutip 4 mata berbaki lima lagi pusingan perlumbaan.

Hafizh Syahrin kekal di MIE Racing Honda musim 2023, tapi dapat rakan sepasukan baru? 04

Sebagai rekod, kejuaraan MotoGP sudah pun melengkapkan senarai pelumba bagi musim 2023 dengan hanya seorang pelumba baharu atau 'rookies' tiba iaitu Augusto Fernandez.

Juga baca: Sah, Hafizh Syahrin ubah angin ke WSBK 2022, sertai MIE Racing Honda!

Sumber imej: FB Mie Racing Japan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda