window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin kutip mata sulung WSBK, raih 4 mata di Rep. Czech!

Khairil · Aug 1, 2022 09:30 AM

Hafizh Syahrin kutip mata sulung WSBK, raih 4 mata di Rep. Czech! 01

Penantian panjang untuk jaguh dua roda negara, Hafizh Syahrin Abdullah meraih pungutan mata di pentas perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukannya Mie Racing Honda akhirnya dinoktahkan.

Tiba di pusingan keenam di Republik Czech dengan semangat yang tinggi, bekas pelumba MotoGP negara mengutip mata sulungnya di perlumbaan berkenaan selepas menamatkan Perlumbaan 2 di tangga ke-12.

Hafizh Syahrin kutip mata sulung WSBK, raih 4 mata di Rep. Czech! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Keputusan itu sekaligus memberikan Hafizh yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R empat mata kejuaraan berharga selepas sering dilanda beberapa siri masalah termasuk jentera sebelum ini.

Tidak bernasib baik apabila terpaksa meninggalkan aksi Perlumbaan 1 susulan masalah jentera, Hafizh meneruskan momentum apabila meraih tempat ke-15 pada perlumbaan Superpole. Tetapi kedudukan itu tidak memberikan pungutan namun prestasi itu diteruskan di Perlumbaan 2 yang menyaksikan penantian itu berakhir.

Juga baca: Sah, Hafizh Syahrin ubah angin ke WSBK 2022, sertai MIE Racing Honda!

Hafizh Syahrin kutip mata sulung WSBK, raih 4 mata di Rep. Czech! 01

"Saya amat gembira saya berjaya meraih empat mata pertama saya di WSBK pada hari terakhir kejuaraan sebelum rehat musim panas," kata Hafizh.

"Kami melakukan sedikit perubahan pada pagi dan cuba untuk memperbaiki kestabilan jentera dan ketika Superpole, kami berjaya meraih tempat ke-15 sekalipun ia tidak memberikan sebarang mata.

"Kemudian untuk Perlumbaan 2, saya mengubah posisi tunggangan saya sedikit, melakukan pelarasan kepada 'bar' hendal dan ia membantu saya untuk menunggang dengan baik. Jadi, kami berjaya meraih keputusan terbaik kami pada musim ini dan saya amat gembira.

"Perlumbaan juga berlangsung panas tetapi kami berjaya untuk mengawal penggunaan tayar, sekalipun sudah berada di penghujung tetapi kami bertuah. Jadi, ia adalah minggu yang baik secara keseluruhan, dan kini saya akan terus berlatih sepanjang rehat musim panas untuk mengekalkan motivasi yang tinggi pada separuh lagi musim ini."

Juga baca: WSBK 2022: Keterujaan kian terasa, Hafizh Syahrin mula uji Honda CBR1000RR-R

 

Hafizh Syahrin kutip mata sulung WSBK, raih 4 mata di Rep. Czech! 02

Turut mengutip mata adalah rakan sepasukan Hafizh, Tati Mercado yang menamatkan Perlumbaan 2 di tangga ke-15.

Pada aksi di Litar Autodrom itu, penyandang juara dunia WSBK dari Yamaha, Toprak Razgatlıoglu paling cemerlang apabila meraih dua kemenangan (Superpole dan Perlumbaan 2) manakala pelumba Ducati, Alvaro Bautista merangkul kemenangan pada Perlumbaan 1.

Sumber imej: FB Mie Racing Japan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda