window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022?

Khairil ยท Nov 10, 2021 06:00 PM

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022? 01

Ramai yang kecewa apabila ikon sukan permotoran dua roda negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengumumkan rancangannya untuk angkat kaki daripada kancah Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia sejurus musim 2021 berakhir.

Tampil beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP dalam kelas Moto2 pada musim ini, Hafizh jelas bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya dan berada jauh di kedudukan yang diharapkan.

Juga baca: Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022? 01

Dan situasi itu sememangnya boleh dijangka apabila pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu sejak empat musim lalu sentiasa bertukar pasukan termasuk beraksi di kancah MotoGP untuk bergelar penunggang pertama Malaysia dan Asia Tenggara beraksi di saingan elit itu.

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022? 02

Begitupun, ada perkhabaran menggembirakan apabila pelumba berusia 27 tahun itu dikatakan akan menyertai saingan yang turut berprestij, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan.

Juga baca: Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British!

Dan pasukan yang disertainya dikatakan adalah pasukan MIE Racing Honda Team yang juga pasukan satelit HRC Factory bagi kejohanan WSBK sejak musim 2020.

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022? 03

Difahamkan menurut sumber, kedua-dua pihak sudah mengadakan perbincangan namun belum ada pengumuman rasmi dibuat.

Menurut laporan Speedweek, bos pasukan MIE Racing Honda Team berkata pasukannya akan menampilkan dua pelumba bagi WSBK musim 2022 dengan Hafizh akan bergandingan dengan pelumba Argentina, Leandro Mercado.

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022? 04

Merujuk kepada laman web Wikipedia, nama Hafizh sudah pun disenaraikan bersama pasukan berkenaan bagi musim hadapan pada awalnya. Begitupun, informasi mengenai berkenaan dipadam semula selepas ada pihak tidak bertanggungjawab merosakkan segala informasi yang diberi.

Hafizh Syahrin sertai Honda, beraksi di kancah WSBK 2022? 05

Namun jika perkhabaran ini menjadi kenyataan, Hafizh sekali lagi mencipta sejarah untuk bergelar pelumba Malaysia pertama beraksi dalam kelas utama WSBK dengan kemungkinan saingan berkenaan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang juga meningkat.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

Apapun sebagai pelumba profesional, tumpuan Hafizh ketika ini pastinya terarah kepada perlumbaan terakhir musim 2021 yang dijadual di Valencia hujung minggu ini. Teruskan berjuang.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda