window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'!

Khairil ยท Nov 14, 2022 02:00 PM

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 01

Jagoan negara di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Hafizh Syahrin Abdullah mengharungi kempen positif di Pusingan 11 perlumbaan WSBK 2022 di Mandalika, Indonesia selepas mengutip mata dalam dua perlumbaan dipertandingkan.

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 02

Keputusan baik itu diperoleh sekalipun pelumba pasukan MIE Racing Honda itu sedikit bergelut pada sesi latihan pada Jumaat malah mengalami sedikit kecederaan akibat kemalangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 01

Pada Perlumbaan 1, Hafizh yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 yang memberikannya 3 mata kejuaraan sebelum melepasi garisan penamat Perlumbaan 2, semalam di tangga ke-14 yang menghadiahkannnya dua mata kejuaraan.

Begitupun, bekas pelumba MotoGP negara itu tidak mengutip mata ketika Perlumbaan Superpole selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-15.

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 02

Kali terakhir mengutip mata di Pusingan 6 di Republik Czech pada Julai lalu, keputusan yang dicapai di Litar Mandalika disifatkan Hafizh sebagai terbaik buatnya pada musim ini, lebih-lebih lagi dia mengakui tiba di Indonesia dalam kondisi bukan 100 peratus.

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 03

"Saya fikir ini adalah minggu terbaik saya setakat ini. Cuaca panas dan kondisi trek menjadikan perlumbaan amat sukar tetapi kami sekali lagi menamatkan perlumbaan dengan catatan mata," kata Hafizh.

"Saya merasa lebih selesa di atas jentera saya pada Perlumbaan 2 selepas melakukan beberapa perubahan pelarasan yang tampaknya mendatangkan hasil yang baik. Ia juga membantu untuk saya mendapatkan cengkaman yang lebih di tayar belakang.

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 04

"Tiada peningkatan dari sudut kelajuan tetapi kami meningkat dari sudut konsistensi. Dan ia membenarkan kami untuk meningkat dengan lebih banyak iaitu lebih baik 20 saat berbanding Perlumbaan 1. 

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 05

"Saya amat gembira dan terima kasih kepada pasukan atas semua kerja keras mereka," kata Hafizh yang turut membawa keluarganya ke Mandalika dan turut menjadi saksi kemenangan yang diraih pelumba negara, Hakim Danish Ramli dalam kempen Asia Talent Cup.

Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'! 06

Hafizh turut meraikan kejayaan dicapai Hakim Danish di Mandalika

Dalam Pusingan 11 WSBK 2022, ketiga-tiga perlumbaan di Mandalika dimenangi pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu namun prestasi hebat itu tidak mampu menghalang pelumba Ducati, Alvaro Bautista untuk mengesahkan kejuaraan dunia WSBK 2022.

Pusingan terakhir WSBK 2022 dijadual berlangsung di Australia hujung minggu ini.

Sumber imej: FB Mie Racing JapanOfficial Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Juga baca: WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia!

Juga baca: Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda