window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki!

Khairil · Nov 21, 2022 01:00 PM

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 01

Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) menutup tirainya bagi musim 2022 di Australia, semalam yang menyaksikan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengutip mata dalam 2 daripada 3 perlumbaan yang ditawarkan di Phillip Island, Australia.

Selepas menamatkan Perlumbaan 1 di tangga ke-14 yang memberikannya 2 mata kejuaraan, pelumba pasukan MIE Racing Honda itu mengutip 1 mata di Perlumbaan Superpole. 

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, harapan untuk meraih mata dalam perlumbaan terakhir musim 2022 tidak menjadi kenyataan apabila Hafizh sekadar menamatkan aksi di tangga ke-17 Perlumbaan 2 sekaligus menutup kempen di tangga ke-23 keseluruhan dengan 10 mata kejuaraan.

Juga baca: Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia 'hujung minggu yang baik'!

Keputusan itu lebih baik daripada rakan sepasukannya yang lebih 'senior', Tati Mercado dari Argentina yang sekadar mengutip 3 mata kejuaraan dan menghuni tangga ke-29 keseluruhan. Daripada 12 pusingan, Hafizh juga beraksi dalam 10 pusingan saja susulan masalah kecederaan dan kesihatan yang menyaksikannya terlepas perlumbaan di Barcelona dan Argentina.

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 01

Sebagai info, gelaran keseluruhan WSBK 2022 menjadi milik pelumba Ducati, Alvaro Bautista yang turut menang 2 daripada 3 perlumbaan di Australia.

Mengulas prestasinya pada musim ini, bekas pelumba MotoGP negara itu mengakui pakej yang diterima pada musim 2022 daripada pasukannya tidak begitu menggembirakannya.

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 02

"Pakej yang saya terima pada tahun 2022 agak kurang memuaskan dan tiada apa-apa kemas kini dari awal musim sehingga akhir melainkan item-item kecil tapi tidak memberi impak yang besar," kata Hafizh memetik laporan Tarmac Sports Malaysia.

“Syukur Alhamdulilah kerana saya berjaya pungut 10 mata walaupun pada permulaan hingga pertengahan musim agak bergelut. Saya dan Ketua Krew bekerja keras sehingga penghujung musim untuk mencari setup yang lebih baik walaupun terhad."

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 03

Hafizh dalam pada itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada penaja-penajanya, RCB, KYT, Taichi yang terus menyokong perjalanan kariernya.

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 04

"Tak lupa juga kepada pasukan yang bekerja keras dengan saya walaupun ini tahun yang sukar bagi saya untuk terima keputusan yang memuaskan tetapi saya mampu buktikan pada last round dekat Australia dengan buat keputusan yang sukar dengan memilih tayar slick dan masih mampu beri saingan dengan rider-rider lain. 

“Tak lupa juga kepada semua yang terus menyokong saya dan kepada media yang terus beri berita yang terbaik tentang perkembangan saya," kata Hafizh yang turut membawa isteri dan anak lelakinya ke Australia.

Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki! 05

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Hafizh akan kekal berlumba di WSBK bersama pasukan MIE Racing Japan dengan ada laporan menyatakannya akan kekal namun menurut pengulas WSBK di Australia selepas perlumbaan terakhir tamat, jaguh negara itu dikatakan akan meninggalkan kejuaraan itu pada penghujung musim ini.

Juga baca: Hafizh Syahrin muat naik uacapan selamat tinggal kepada Honda CBR1000RR-R, WSBK Australia perlumbaan terakhir?

Sumber imej: FB Mie Racing Japan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda