window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hakim Danish tonjol kemampuan, tiada masalah bolot dua kemenangan di Itali!

Khairil ยท Sep 8, 2021 11:30 AM

Hakim Danish tonjol kemampuan, tiada masalah bolot dua kemenangan di Itali! 01

Seperti diharapkan, bakat muda negara yang baru berusia 14 tahun, Hakim Danish Ramli membuatkan perlumbaan Ohvale Coppa Italia bagaikan medan 'latihan' apabila menyapu bersih dua kemenangan pada saingan berkenaan.

Tampil dengan tiket 'wild card' Hakim yang beraksi bersama pasukan SIC Racing gah menakluk perlumbaan 1 dan 2 dalam kelas GP-2 190 Junior selain turut melakar rekod sepusingan terbaik di litar Pamposa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan kejayaannya turut mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan yang turut memuatnaik hantaran mengenai kejayaan berkenaan di laman sosial.

Hakim Danish tonjol kemampuan, tiada masalah bolot dua kemenangan di Itali! 01

Pada perlumbaan 1 pusingan empat itu, Hakim menakluk podium utama dengan Thomas Bonomi dari pasukan CMV dan Davide Ferrazi dari pasukan Dolomiti Corse menyertainya di podium. Di perlumbaan kedua, Hakim sekali lagi menewaskan Ferrazi dan Lorenzo La Sorsa dari Settimoto untuk melakar kemenangan.

Rekod sepusingan terpantas pula dipecahkan Danish ketika sesi kelayakan dengan catatan 1:01.270 saat.

Hakim Danish tonjol kemampuan, tiada masalah bolot dua kemenangan di Itali! 02

Mengulas mengenai kemenangan itu, Hakim berkata saingan di Coppa Italia memberinya peluang untuk menimba pengalaman berharga dalam kariernya.

Apapun, kemenangan yang diraih pelumba kelahiran Terengganu itu sudah dijangka selepas dia mencatatkan keputusan memberangsangkan di kejohanan lebih tinggi, Asia Talent Cup (ATC) dan European Talent Cup (ETC).

Hakim Danish tonjol kemampuan, tiada masalah bolot dua kemenangan di Itali! 03

Di pentas ATC musim ini, Hakim sudah meraih tiga kedudukan podium sepanjang empat pusingan perlumbaan dengan mengumpul 57 mata dan menghuni tangga keempat keseluruhan.

Juga baca: Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan!

Hakim Danish tonjol kemampuan, tiada masalah bolot dua kemenangan di Itali! 04

Hakim (dua kanan) turut berpeluang berlatih bersama juara dunia MotoGP, Marc Marquez.

Susulan prestasi baik di ATC, Hakim diberi peluang menyertai perlumbaan ETC bermula Jun lalu pada saingan yang dibarisi pelumba muda berbakat seluruh dunia. Pada pusingan terakhir di Jerez, 22 Ogos lalu, Hakim berjaya menamatkan saingan dengan kedudukan mata.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda