window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hampa tunggu kerajaan negeri bina jalan, orang kampung Sabah cipta motosikal troli

Mersita · Jun 25, 2021 11:00 AM

Hampa tunggu kerajaan negeri bina jalan, orang kampung Sabah cipta motosikal troli 01

Setelah berdekad lamanya warga Sabah menantikan jaringan jalan raya berturap yang pastinya boleh menaikkan taraf ekonomi penduduk, ia sudah jadi seperti menunggu kucing bertanduk.

Begitulah hakikatnya bagi penduduk di Kampung Pangi di daerah Semporna, Sabah sehinggakan mereka terpaksa mencari jalan untuk menghubungkan perkampungan mereka dengan pekan Tenom yang terletak kira-kira 8 km jauhnya.

Hampa tunggu kerajaan negeri bina jalan, orang kampung Sabah cipta motosikal troli 02

Sumber: FMT

Dengan hanya menonton YouTube, warga kampung itu berjaya menghasilkan konsep ‘motosikal troli’ untuk mengangkut barang keperluan serta menjual hasil kebun mereka. Pembinaan motosikal troli ini adalah hasil kerjasama belia di Kampung Pangi dan jirannya, Kampung Rayoh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimana ia berfungsi? Motosikal kapcai diubahsuai untuk meluncur di landasan keretapi supaya ia boleh menolak troli rakit diperbuat daripada papan kayu. Troli ini, yang dahulunya ditolak secara manual, disambung pada badan motosikal dengan rangka besi yang dikimpal sendiri oleh penduduk kampung.

Menurut laporan Free Malaysia Today, bekas Ketua Kampung Pangi Udin Bakiwoh berkata troli-troli ini mula digunakan apabila keretapi dari Tenom menghentikan operasinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Beliau berkata mereka sedar penggunaan troli motosikal ini salah di sisi undang-undang, namun mereka terdesak kerana jalan raya ke pekan tidak dibina.

Hampa tunggu kerajaan negeri bina jalan, orang kampung Sabah cipta motosikal troli 01

Sumber: Sabah Gazette

Apakah alasan yang diberikan kepada mereka tentang isu ketiadaan jalan raya ini? Udin memberitahu FMT yang suatu ketika dahulu, seorang wakil rakyat pernah memberitahunya pembinaan jalan raya tidak sesuai dijalankan di sana kerana ia akan menjejaskan produk pelancongan popular di Kampung Pangi; iaitu aktiviti ‘white water rafting’ di Sungai Padas. Pelancong sering menaiki keretapi ke Pangi untuk memulakan aktiviti sukan ekstrem ini.

Hampa tunggu kerajaan negeri bina jalan, orang kampung Sabah cipta motosikal troli 02

Pangi ialah ‘starting point’ bagi aktiviti sukan ekstrem popular ini dan laluannya berakhir di Rayoh sebagai ‘ending point’. ‘Course’ untuk ‘white water rafting’ ini adalah sepanjang 10 km. Gambar: Amazing Borneo

Beliau nyata kesal dengan alasan yang diterima kerana ia seolah-olah mementingkan pelancong lebih lagi daripada penduduk atau rakyat negeri itu sendiri. Keretapi adalah satu-satunya pilihan pengangkutan yang ada untuk mereka kerana tiada jalan raya yang sesuai untuk kenderaan lain masuk. PKP semakin merumitkan keadaan kerana keretapi tidak beroperasi.

“Syukur kami ada motosikal troli ini. Sekurang-kurangnya kami ada kenderaan untuk pergi ke Tenom bagi membeli barang keperluan dan menghantar hasil kebun seperti pisang dan getah,” katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda