window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi!

Haris · Mar 2, 2023 10:00 AM

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 01

Kehadiran Chery Omoda 5 di pentas Indonesia International Motor Show (IIMS) 2023 nampaknya membuahkan hasil apabila kebanyakan daripada pesanan yang diterima jenama pengeluar kenderaan dari China itu adalah untuk SUV futuristik tersebut.

PT Chery Sales Indonesia (CSI) merekodkan lebih daripada 500 unit jualan kereta semasa IIMS 2023. Sebanyak 80% datang dari pesanan Chery Omoda 5.

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kami amat berterima kasih atas semangat pengunjung IIMS 2023. Bilangan tempahan telah melebihi sasaran yang kami tetapkan. Kami mengucapkan terima kasih kepada pengguna Indonesia kerana memberi keyakinan kepada kami," jelas Shawn Xu, Presiden PT Chery Sales Indonesia.

Baca: Chery Omoda 5 diintip sekali lagi, nampak lampu LED belakang, model CKD akan tiba?

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 01

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 02

Sejak Omoda 5 hadir pada majlis pembukaan IIMS pada 16 Februari 2023, sekurang-kurangnya SUV kompak itu telah merekodkan tempahan pra-pesanan mencecah 300 unit dalam seminggu.

"Seramai 300 pengguna pertama akan menerima Omoda 5 unit pada April 2023, manakala pengguna seterusnya akan menerima unit pada Mei 2023. Pelarasan ini berkuat kuasa mulai Khamis, 23 Februari 2023," kata Shawn. 

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 03

Selebriti Luna Maya dilaporkan turut menempah Chery Omoda 5

Chery Omoda 5 hadir dalam 2 varian. Tugas menggerakkan kenderaan digalas oleh enjin 1.5 liter turbocaj dengan 147 PS dan 230 Nm tork bersama-sama transmisi CVT automatik dengan 9 gear maya. 

Apa yang membuatkannya sangat berbaloi adalah ciri kelengkapan. Antara yang ditawarkan adalah 

  • Kluster instrumen digital
  • Sistem infotainment skrin sentuh 8 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Bumbung suria panorama
  • Kamera pandangan belakang dan kamera 360 darjah
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • Kemasukan tanpa kunci
  • Butang penghidup mula
  • Kawalan iklim automatik
  • Kerusi pemandu boleh laras kuasa

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 04

Ciri-ciri standard pada model Chery Omoda 5 pasaran Indonesia termasuk lampu depan dan belakang LED, rim 18-inci serta panel dwi instrumen dan paparan infotainment 10.25-inci.

Varian RZ yang lebih tinggi menambah beberapa ciri menarik termasuk sistem audio Sony 8-speaker, cermin sisi dengan fungsi pemanasan, cermin kaca akustik, pembantu suara pintar, dan lampu signal LED berturutan.

Hampir separuh pengunjung IIMS 2023 yang pandu uji Chery Omoda 5 buat tempahan, SUV paling berbaloi! 05

Kesemua ini boleh didapati pada harga serendah Rp 328 juta (~RM 96k) untuk varian Omoda 5 Z manakala Rp 398 juta (~RM 116k) untuk varian Omoda 5 RZ yang lebih tinggi. Bayangkan Honda HR-V yang langsung tidak mempunyai bumbung suria pun bermula pada harga Rp 375.9 juta (~RM 110k).

Baca: Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih "stylo" dan berkuasa daripada X50 / HR-V!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda