window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus?

Faisal · Mar 6, 2021 06:00 PM

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 01

Bagi anda yang tidak pernah tahu, brek ‘parking’ dicipta untuk menghalang kereta daripada bergerak. Pada mulanya, ia dikawal oleh tangan. Disebabkan itulah ia terkenal dengan panggilan "handbrake" (brek tangan).

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 02

Idaman peminat kereta kerana lebih mudah untuk mereka buat 'slide' atau 'drift'.

Seiring dengan arus pemodenan, brek parking diinovasikan untuk dikawal oleh kaki (footbrake). Perubahan ini bertujuan untuk memberi ruang yang lebih praktikal di konsol tengah.

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kini, rata-rata pengeluar sudah ke arah electronic parking brake (EPB). Brek parking EPB ini diaktifkan dengan hanya menggunakan suis sahaja. Jadi, apa beza diantara mereka? Yang mana paling bagus?

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 01

Electronic parking brake dengan fungsi Auto Hold.

Cara brek parking berfungsi

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 02

Kredit: scielo.org

Untuk maklumat anda, sistem brek kereta dikawal oleh pam hidraulik yang mencengkam brek mengikut input pedal. Brek parking pula disambung terus ke brek belakang.

Kalau sistem brek kereta anda gagal sekalipun, brek parking akan tetap berfungsi. Tetapi untuk situasi kecemasan seperti ini, ada tekniknya. Kami akan perincikan hal ini di lain hari.

Perbezaan diantara jenis brek parking

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 03

Brek parking jenis handbrake dan footbrake dikawal oleh mekanisma yang cukup ringkas. Disebabkan itu, kos penjagaannya lebih rendah.

Untuk pengetahuan anda, brek parking jenis EPB juga berfungsi seperti handbrake dan footbrake. Cumanya, ia diaktifkan melalui suis. Anda hanya perlu menekan butang yang diberi supaya motor boleh naik atau turunkan brek parking. Dengan komponen tambahan seperti motor, kos penjagaannya mungkin sedikit tinggi.

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 04

Kredit: carmagazine.co.uk

Kebanyakan EPB hari ini datang sekali dengan fungsi ‘Auto Brake Hold’. Setiap kali anda berhenti, fungsi ini akan kekalkan tekanan brek. Jadi, kaki anda tidak perlu menahan brek ketika menunggu di lampu trafik ataupun sewaktu kesesakan lalu lintas.

Uniknya, brek parking jenis EPB turut bersambung dengan sistem ABS, Brake Assist, dan ESC.

Juga baca: Penggunaan Anti-Lock Braking System (ABS) yang betul.

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 05

Malah, EPB hari ini berkait rapat dengan sistem bantuan pemandu ADAS. Kalau anda perasan, Honda Sensing yang didatangkan pada Honda Accord generasi sebelum ini tiada fungsi Low-Speed Follow. Hal ini disebabkan oleh penggunaan brek parking jenis footbrake, bukannya EPB.

Juga baca: Teknologi sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing agak unik, ini sebabnya.

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 06

Malangnya, EPB tidak akan berfungsi jika salah satu dari sistem ADAS ini gagal. Jadi, kereta anda mungkin akan tersangkut dan perlu ditunda. Apapun, amaran kegagalan tersebut akan dipampang di kluster instumen. Perkara sebegini tidak akan berlaku pada kereta yang masih gunakan brek parking jenis handbrake ataupun footbrake.

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 07

Apapun, ada sebab kenapa pengeluar kini bergerak ke arah teknologi brek parking jenis EPB. Antaranya:

  • Praktikaliti di konsol tengah dapat dipertingkatkan kerana tiada lagi kawasan untuk meletak tombol brek parking.
  • Rekaan kabin yang lebih berestetika kerana tidak perlu sediakan tempat untuk tombol brek parking semata-mata.
  • EPB membantu pemandu untuk membuat brek emergency dengan lebih cekap dan tepat.

Konklusi

Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus? 08

Secara keseluruhan, masing-masing ada baik buruknya. Terpulang kepada anda untuk memilih kereta yang lebih ringkas ataupun lebih canggih. Apa yang lebih penting ialah etika anda ketika memandu di jalan raya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda