window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini!

Khairil ยท May 20, 2021 11:00 AM

Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini! 01

Selepas 25 tahun bergelumang di atas litar lumba, legenda Itali, Valentino Rossi mengesahkan akan dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya di MotoGP ketika rehat musim panas ini.

Juga baca: Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans!

Sebelum ini, Rossi dijangka membuat pengumuman mengenai persoalan hangat itu pada perlumbaan GP Itali di Mugello, hujung bulan ini atau Catalunya sebelum mengubah keputusannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini! 01

Perkembangan itu disahkan sendiri Rossi dalam satu temuramah bersama stesyen televisyen Trans7.

"Selepas bercakap dengan Petronas dan Yamaha, ia lebih daripada setengah musim, kerana selepas sembilan pusingan kami akan berhenti rehat musim panas dan saya fikir saya akan memutuskan mengenai masa depan dalam tempoh itu, selepas sembilan perlumbaan," katanya.

Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini! 02

Rehat musim panas akan bermula selepas GP Belanda di Assen (pusingan 9, 25 hingga 27 Jun) sehingga pusingan berikutnya di GP Styrian pada 6-8 Ogos depan.

Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini! 03

Sebelum GP Perancis di Le Mans, Rossi dikatakan sedang menimbang sama ada untuk kekal bersama pasukan satelit Yamaha, Petronas Yamaha SRT atau beralih kepada pasukannya sendiri, VR46 yang mendapat tajaan Aramco bagi musim 2022.

Juga baca: Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi

Rossi selepas aksi di Le Mans memberitahu pasukannya VR46 ketika ini sedang membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Yamaha atau Ducati dengan situasi ketika ini adalah 50-50.

Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini! 04

Jika Yamaha memilih untuk bekerjasama dengan VR46, ia bermakna pasukannya ketika ini, Petronas Yamaha SRT perlu mencari pengeluar baharu untuk bersaing di MotoGP pada musim depan.

Juga baca: Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'!

Ketika ini, Rossi dilihat bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik dengan keputusan terbaik diraih selepas lima pusingan MotoGP adalah di Le Mans di kedudukan ke-11. - Agensi

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda