window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hanis Zalikha sekeluarga sewa helikopter ke Pulau Redang, sewa RM 7,000 sejam?

Mersita ยท Oct 15, 2021 11:00 AM

Hanis Zalikha sekeluarga sewa helikopter ke Pulau Redang, sewa RM 7,000 sejam?

Walaupun berita rentas negeri dan sektor pelancongan dibuka disambut gembira, ramai ibu bapa di luar sana masih ragu-ragu untuk pergi bercuti bersama anak-anak. Nak memandu pun pasti lebuh raya sesak. Namun, ada cara lain yang lebih kreatif; seperti yang dilakukan pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Hanis Zalikha serta suaminya Hairul Azreen.

Pasangan itu bersama dua orang anak kecilnya dikatakan bercuti di The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang. Bagi mengelak daripada berjumpa orang ramai dan risiko jangkitan COVID-19, pasangan ini dilihat menyewa sebuah helikopter.

Menurut tinjauan kami dan setelah diamati video serta gambar muatnaik pasangan tersebut di Instagram, mereka dipercayai menyewa helikopter jenis AS365 EC 155 B dari Weststar yang boleh memuatkan sehingga 5 – 6 penumpang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanis Zalikha sekeluarga sewa helikopter ke Pulau Redang, sewa RM 7,000 sejam? 01

Sumber

Menurut anggaran seorang warganet, kadar sewa bagi sebuah helikopter mengikut saiz dan jumlah tempat duduk bermula dari RM 700 ke RM 7,000 sejam. Katanya, anggaran bagi helikopter ‘cantik’ sebegini berada dalam lingkungan RM 8,000 ke bawah.

Ini ternyata memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa di luar sana. Rakan selebriti terkenal, Fazura, juga memberi komen di laman Instagram Hanis Zalikha tentang betapa bernasnya idea ini untuk percutian keluarga.

Hanis Zalikha sekeluarga sewa helikopter ke Pulau Redang, sewa RM 7,000 sejam? 02

Sumber

Bagi peminat seperti penulis yang hanya mampu melihat kemewahan dari jauh setakat ini, tiket penerbangan ke Kuala Terengganu untuk keluarga anak dua hanyalah serendah RM 600 (tidak termasuk kos feri dan pengangkutan lain-lain).

Apa pendapat anda? Cukup berbaloi demi bercuti tanpa perlu bertukar-tukar mod pengangkutan dan kurang risiko jangkitan? Jom komen di Facebook WapCar – BM!

Baca juga: TERKINI: Merentas negeri & sektor pelancongan di seluruh Malaysia dibenarkan bermula esok!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda