window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu!

Haris ยท Feb 6, 2023 10:00 AM

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 01

Mungkin ramai yang kurang arif mengenai penghantaran kenderaan ke Timur Malaysia dari Semenanjung Malaysia atau sebaliknya. Proses penghantaran kenderaan sebenarnya agak mudah lagi-lagi jika mengikuti jalan laut. Bagi mereka yang berminat, ini panduan untuk menghantar kereta ke Sabah Sarawak.

Jenis penghantaran

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 02

Terdapat beberapa jenis penghantaran yang anda perlu tahu:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Port to Port (Pelabuhan ke Pelabuhan)
  • Door to Port (Pintu ke Pelabuhan)
  • Port to Door (Pelabuhan ke Pintu)
  • Door to Door (Pintu ke Pintu)

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 01

Foto: Giga Maritime Group

Sekiranya anda memilih mana-mana penghantaran ke/dari Port (Pelabuhan), anda harus menghantar/mengambil sendiri kenderaan anda ke Port (Pelabuhan) tersebut. Fikirkan logistik ini, kerana anda perlu seseorang untuk membantu anda dalam urusan ini.

Penghantaran ke/dari Door (Pintu) adalah lebih mudah namun dan kosnya adalah berdasarkan lokasi anda.

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 02

Antara pengalaman penulis, nak ambil kenderaan sendiri di pelabuhan memang jimat kos tetapi sesetengah kenderaan yang sudah 2 minggu tidak dihidupkan akan mengalami masalah kehabisan bateri. Jadi perlukan bantuan jump start untuk dihidupkan.

Namun jika penghantaran terus ke rumah, syarikat penghantaran selalunya akan bantu dengan jump start sekiranya bateri tidak berfungsi.

Pilih ejen penghantaran yang dipercayai

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 03

Terdapat banyak โ€œShipping Agentโ€ di luar sana yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak. Mereka menawarkan harga yang berbeza-beza kerana dunia logistik agak kompleks untuk difahami. 

2 ejen penghantaran yang terkenal untuk anda bermula adalah Pos Malaysia dan Giga Shipping. Penulis menggunakan khidmat Teamwork Roro Logistics, dengan nombor telefon seperti yang tertera. 

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 04

Foto: Pos Logistics

Pastikan ejen anda menguruskan dokumen pelepasan kastam dan menawarkan insurans untuk penghantaran kenderaan anda. Sesetengah ejen juga menawarkan penghantaran kenderaan ke pelabuhan menggunakan trak flatbed dan sebagainya.

Perhatikan juga, sesetengah ejen akan mengecaj kos storan sekiranya pemilik mahu menghantar kenderaan lebih seminggu awal, atau mahu mengambil kenderaan lebih seminggu lewat.

Sediakan dokumen yang sepatutnya

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 05

Dokumen yang diperlukan untuk menghantar kenderaan pendaftaran peribadi melalui kapal logistik adalah salinan dokumen berikut:

  1. Kad pengenalan pemilik
  2. Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) depan dan belakang
  3. Surat Pelepasan Bank* sekiranya kenderaan masih di bawah pinjaman

Untuk kenderaan yang didaftarkan di bawah syarikat, salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan pengarah syarikat
  2. Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) depan dan belakang
  3. Surat Pelepasan Bank* sekiranya kenderaan masih di bawah pinjaman
  4. Borang 9, 24 dan 29
  5. Sijil SSM syarikat

Bagi mendapatkan *Surat Pelepasan Bank, sesetengah bank akan meminta sebut harga beserta insurans daripada ejen penghantaran dan jadual pelepasan kapal. Anda perlu berkoordinasi dengan pihak ejen dan bank untuk persediaan dokumen.

Kos penghantaran

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 06

Berikut adalah anggaran kos penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak.

Destinasi  Motosikal (Mengikut kapasiti enjin)  Saloon Car (Sedan, Hatchback) Non Saloon Car (MPV, SUV)
Sabah RM 900 - RM 1,500 RM 1,300 - RM 2,000 RM 1,400 - RM 2,100
Sarawak RM 900 - RM 1,500 RM 1,200 - RM 2,000 RM 1,400 - RM 2,200

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 07

Foto: Giga Maritime Group

Harga di atas tidak termasuk harga insurans dan kos pengurusan dokumen kastam. Jika bernasib baik, kos mungkin lebih rendah daripada yang dianggarkan.

Harga juga memainkan peranan untuk tahap servis yang anda akan terima. Perlu diingatkan, elakkan daripada mendapatkan harga yang terlalu murah atau ejen yang kurang dipercayai.

Tak kira berapa banyak yang anda bayar, kenderaan anda akan tetap sampai lewat sekiranya terdapat kejadian yang di luar jangkaan seperti; air bergelora, bencana alam dan sebagainya.

Bolehkah saya meletakkan barang dalam kenderaan?

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 08

Berdasarkan pengalaman penulis yang juga pernah menjadi ejen logistik sebelum ini, ELAKKAN. Syarikat penghantaran tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecurian yang berlaku. 

Elakkan daripada meletakkan barang berharga, barang menarik (gajet kenderaan seperti pengepam tayar) atau barang hiasan (topi, miniatur kenderaan) di dalam kenderaan yang anda hantar.

Hal ini kerana proses penghantaran melibatkan banyak pihak justeru sekiranya kecurian berlaku, agak sukar untuk mencari pelaku.

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu! 09

Penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak adalah satu proses mudah yang banyak dialami oleh kebanyakan orang yang berulang-alik ke sana. Tentu ada rakan-rakan anda yang pernah melakukannya justeru apa kata tanya juga pengalaman orang sekeliling sebelum membuat keputusan.

Baca: Gaya pemanduan di Borneo vs. Semenanjung Malaysia โ€“ Sabah & Sarawak terlalu santai?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda