Hanya di Singapura, Mercedes-Benz mengatasi jualan Toyota buat kali pertama dalam sejarah!
Zamil Syaheer · Feb 4, 2023 12:00 PM
Walaupun Singapura merupakan sebuah negara berpendapatan tinggi dengan beberapa kereta termahal di dunia, Toyota adalah jenama kereta paling popular di sana sejak sekian lama. Pada tahun 2022 pula, ini semua berubah apabila Mercedes-Benz muncul sebagai jenama terlaris di Singapura.
Menurut data pendaftaran kereta baharu yang baru dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA, setara dengan JPJ Malaysia), Mercedes-Benz menduduki tempat teratas dengan 4,336 unit terjual atau 14 peratus bahagian pasaran.
Kali terakhir Mercedes-Benz hampir mencecah kedudukan terdepan dari segi jualan di Singapura adalah pada tahun1995 apabila ia mengekori Toyota dengan hanya 21 buah kereta.
Bercakap mengenai Toyota, jenama elips itu merosot ke tempat kedua dengan 3,997 unit terjual pada 2022. Tempat ketiga adalah milik pesaing utama Mercedes-Benz dari Munich, BMW, yang menyaksikan 3,626 unit terjual pada tahun itu.
Satu lagi jenama yang berjaya pada 2022 ialah Tesla yang memasuki senarai 10 teratas buat kali pertama. Pembuat EV Amerika itu menjual 867 unit yang meletakkannya di nombor enam antara Mazda dan Nissan.
Bolehkah anda bayangkan berapa kos COE untuk mengekalkan Yaris generasi pertama di jalan raya Singapura?
Sebanyak 30,939 kereta baharu telah didaftarkan pada 2022 mengikut LTA yang menurun daripada 45,442 unit pada 2021. Ini berikutan bekalan sijil kelayakan (COE) yang lebih kecil serta peningkatan harga dua kali ganda sekitar SGD80,000 (~RM 258k) untuk kereta ekonomi yang lebih kecil dan sekitar SGD 110,000 (~RM 355k) untuk kereta premium yang lebih besar.
Disebabkan saiz negara yang kecil dan pergantungan penduduk kepada pengangkutan awam, kereta dilihat sebagai pembelian gaya hidup bagi kebanyakan rakyat Singapura. Oleh itu, bilangan kenderaan baharu yang didaftarkan setiap tahun berbanding negara jiran ASEAN agak sikit.
Sebagai contoh, harga Toyota Sienta di Singapura tanpa COE adalah antara SGD 69k-71k (~RM 223k-229k). Apabila COE diambil kira, MPV segmen B ini berharga antara SGD 150k -152k (~RM 485k-491k).
LTA juga menyenaraikan data jualan berasingan bagi kenderaan import selari yang menyaksikan 6,365 unit terjual atau sekitar 21 peratus daripada jumlah yang didaftarkan di jalan raya. Tambahan pula, COE yang lebih tinggi dan terhad juga menyaksikan jualan kenderaan import selari menurun pada 2022 daripada 10,226 unit tahun sebelumnya.
Jenama import selari paling laris pada 2022 adalah milik Honda yang menyumbang 75.8% (2,482 unit) jualan, diikuti Toyota dengan 37.6% (2,408 unit), dan Mercedes-Benz dengan 17.6% (926 unit).
Walaupun jenama premium menduduki tempat nombor satu dalam jualan di Singapura tahun lepas, jualan jenama ultra-mewah menyaksikan sedikit penurunan daripada 360 unit pada 2021 kepada 348 unit pada 2022.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen