Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat”
Zamil Syaheer · Mar 20, 2022 10:00 AM
0
0
Kit ‘convert’ ke Lexus LM bermula dari RM 25k
Hampir replika 1:1, tetapi terdapat perbezaan
LM yang asli memang nampak lagi premium
Dengan harga mencecah RM 1.1 juta, Lexus LM bukanlah sebuah MPV yang murah. Itulah sebabnya beberapa pemilik Toyota Alphard dan Vellfire berminat untuk ‘menaik taraf’ rupa MPV mereka kepada Lexus LM yang lebih mewah.
Semakan pantas di beberapa pasaran atas talian (marketplace) menunjukkan beberapa penjual menawarkan kit ‘convert’ untuk Alphard dan Vellfire kepada Lexus LM. Kit ini tidaklah murah, kerana ia berharga dari RM 25k keatas.
Pada titik harga sedemikian, mesti anda ingat kit ‘conversion’ ini adalah sempurna tanpa sebarang cacat cela, kan? Namun begitu, ada beberapa cara mudah untuk mengetahui sama ada ia adalah Lexus LM yang asli ataupun sebaliknya.
Pertama sekali ialah rim aloi 18-inci LM yang dikemaskan dengan warna hyper chrome metallic. Menurut Lexus, roda ini bukan setakat gaya sahaja, kerana ia mempunyai fungsi untuk mengurangkan bunyi bising. Replika roda ini mungkin tidak akan menawarkan ciri yang sama.
Apatah lagi, pemilik Lexus LM sebenar di Malaysia tidak mungkin akan menukar roda mereka, apatah lagi mengubah suai MPV ini.
Benda pertama yang paling mudah untuk dilihat adalah trim krom pada tiang B LM. Setakat ini, mana-mana kit ‘conversion’ yang ada di pasaran sekalipun tidak menawarkan kepingan trim krom ini.
Perbezaan lain ialah bingkai plat nombor. Seperti yang dinyatakan dalam artikel Toyota Vellfire recond vs rasmi, Lexus LM dipasang dengan bingkai nombor plat Lexus Malaysia. Unit ‘convert’ tidak dipasang dengan plat segi empat sama ini, sebaliknya, ia biasanya dipasang dengan bingkai plat nombor segi empat sama yang mengikut format negara Jepun.
Selain itu, warna Lexus LM memainkan peranan. Lexus hanya menjual LM dalam dua warna: White Pearl Crystal Shine dan Black. Jika Lexus LM yang anda lihat adalah warna lain, kemungkinan besar itu adalah ‘convert’.
Jika anda tidak pasti, Lexus LM yang asli mempunyai aura yang agung yang nampak ultra-mewah padanya. Anda akan tahu apabila anda melihatnya.
Terdapat sesuatu tentang rupa keseluruhan Lexus LM yang gah berbanding Toyota Alphard / Vellfire ‘convert’.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.