window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat”

Zamil Syaheer · Mar 20, 2022 10:00 AM

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat”

  • Kit ‘convert’ ke Lexus LM bermula dari RM 25k
  • Hampir replika 1:1, tetapi terdapat perbezaan
  • LM yang asli memang nampak lagi premium

Dengan harga mencecah RM 1.1 juta, Lexus LM bukanlah sebuah MPV yang murah. Itulah sebabnya beberapa pemilik Toyota Alphard dan Vellfire berminat untuk ‘menaik taraf’ rupa MPV mereka kepada Lexus LM yang lebih mewah.

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 02

Tak murah bossku...

Semakan pantas di beberapa pasaran atas talian (marketplace) menunjukkan beberapa penjual menawarkan kit ‘convert’ untuk Alphard dan Vellfire kepada Lexus LM. Kit ini tidaklah murah, kerana ia berharga dari RM 25k keatas.

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 03

Nampak macam asli kan? Tapi yang ini adalah 'conversion' oleh Akasia Garage

Pada titik harga sedemikian, mesti anda ingat kit ‘conversion’ ini adalah sempurna tanpa sebarang cacat cela, kan? Namun begitu, ada beberapa cara mudah untuk mengetahui sama ada ia adalah Lexus LM yang asli ataupun sebaliknya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 01

Pertama sekali ialah rim aloi 18-inci LM yang dikemaskan dengan warna hyper chrome metallic. Menurut Lexus, roda ini bukan setakat gaya sahaja, kerana ia mempunyai fungsi untuk mengurangkan bunyi bising. Replika roda ini mungkin tidak akan menawarkan ciri yang sama.

Apatah lagi, pemilik Lexus LM sebenar di Malaysia tidak mungkin akan menukar roda mereka, apatah lagi mengubah suai MPV ini.

Baca juga: Bermula dari RM 1.1j, lebih 20 taikun Malaysia membeli Lexus LM, 10 lagi membayar opsyen kaca Kiriko di LS

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 02

Nampak tak kepingan krom di pintu tengah? Imej atas oleh Akasia Garage

Benda pertama yang paling mudah untuk dilihat adalah trim krom pada tiang B LM. Setakat ini, mana-mana kit ‘conversion’ yang ada di pasaran sekalipun tidak menawarkan kepingan trim krom ini.

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 03

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 04

LM yang asli akan memakai bingkai plat nombor dengan tulisan Lexus Malaysia padanya

Perbezaan lain ialah bingkai plat nombor. Seperti yang dinyatakan dalam artikel Toyota Vellfire recond vs rasmi, Lexus LM dipasang dengan bingkai nombor plat Lexus Malaysia. Unit ‘convert’ tidak dipasang dengan plat segi empat sama ini, sebaliknya, ia biasanya dipasang dengan bingkai plat nombor segi empat sama yang mengikut format negara Jepun.

Baca juga: Rupa Toyota Alphard dan Vellfire tak cukup premium? Kasi olah rupa ke Lexus LM 350!

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 05

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 06

Selain itu, warna Lexus LM memainkan peranan. Lexus hanya menjual LM dalam dua warna: White Pearl Crystal Shine dan Black. Jika Lexus LM yang anda lihat adalah warna lain, kemungkinan besar itu adalah ‘convert’.

Hanya RM 25k untuk ‘convert’, inilah cara mudah nak kenal Lexus LM ‘ori’ dari Alphard / Vellfire “Sajat” 07

'Convert' lah macam mana sekali pun, yang asli pasti yang terbaik

Jika anda tidak pasti, Lexus LM yang asli mempunyai aura yang agung yang nampak ultra-mewah padanya. Anda akan tahu apabila anda melihatnya.

Terdapat sesuatu tentang rupa keseluruhan Lexus LM yang gah berbanding Toyota Alphard / Vellfire ‘convert’.

Baca juga: Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Lexus LM350 4-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda