window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022!

Mersita · Jun 25, 2022 02:00 PM

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 01

Dunia automotif nampak gayanya sudah tidak menoleh ke belakang dalam usaha yang semakin maju ke arah elektrifikasi. Siapa tahu, tak lama lagi dunia akan semakin mengabaikan penggunaan enjin pembakaran konvensional. Setakat ini, kerajaan Malaysia sudah menawarkan insentif bagi pembelian kenderaan elektrik (EV).

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 02

Bermula dari sekarang hingga 31 Disember 2025, EV dibebaskan dari cukai (namun, cukai jualan masih tertakluk bagi EV import/CBU) – membuatkannya satu pilihan yang berbaloi bagi pembeli yang inginkan opsyen lebih mesra alam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: SAH: Cukai jalan percuma selama 4 tahun untuk EV, dari 1 Jan 2022 – 31 Disember 2025

Mercedes-Benz Malaysia mengambil peluang ini untuk memperkenalkan EQA (dijual pada harga RM 278,201, atas-jalan dengan diskaun SST) dan setelah memandu-uji model elektrik ini, kami boleh katakan yang ia adalah salah sebuah EV yang paling mudah untuk dipandu.

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 01

Dibangunkan berdasarkan Mercedes-Benz GLA, memandu EQA cukup mudah dan tidak aneh sama sekali. Segala-galanya – baik dari rekaan hingga ke kedudukan punat di dalam kabin – sama seperti jangkaan umum tentang kereta Mercedes-Benz. Ruang kabinnya luas, direka dengan baik, dan pergerakan keluar-masuk kereta juga amat mudah.

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 02

Seperti kereta moden lain, hanya anda perlu masuk, tekan butang ‘push start/stop’, pilih ‘Drive’ , dan jalan. Pecutan dari motor elektrik 190 PS/370 Nm ini cukup lancar dan sekata tanpa kejutan dari hamburan tork yang datang tiba-tiba.

Jika pedal pecutannya dilepaskan sepenuhnya, kereta diperlahankan pada kadar yang sesuai – hampir sama dengan kereta berenjin pembakaran biasa. Secara keseluruhan, pengalaman pemanduannya boleh dikatakan amat mudah dan ‘natural’.

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 03

EQA juga agak nyaman untuk dipandu dan dinaiki. Ini kerana ketenangan yang dirasakan di dalam kabinnya diperhalusi lagi dengan perjalanan yang lancar dan selesa dari hentakan dari permukaan jalan kurang rata.

Semua ini datang dalam pakej hebat berserta rekaan badan kereta yang cukup seimbang. Ia pasti menarik perhatian, lebih-lebih lagi dengan jalur lampu menawan di sepanjang bahagian belakang dan hadapannya.

Juga baca: Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 04

Lebih mengagumkan, EQA adalah kereta Mercedes paling murah di Malaysia yang didatangkan dengan kelengkapan ADAS penuh berserta kebolehan pemanduan separa berautonomi tahap 2. Pakej ADASnya merangkumi:

  • Active Distance Assist Distronic (ACC)
  • Extended automatic re-start in traffic jams
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Active Brake Assist (AEB)
  • Parking Assist Parktronic

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 05

Dari segi pengecasan pula, EQA mempunyai bateri 66.5 kWh yang memberi jarak perjalanan sekitar 402 - 429 km menurut kitaran WLTP. Pengecas ‘on-board’nya membolehkan pengecasan sehingga 11 kW dengan pengecasan AC, manakala pengecasan DC maksima adalah sehingga 100 kW – mengambil masa hanya 30 minit untuk dicas dari 10 peratus ke 80 peratus kadar bateri.

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 06

Anda berkenan untuk bertukar ke kereta elektrik dan pada masa sama mahukan sesuatu yang premium? Berkunjunglah ke pameran WapCar Auto Show pada minggu hadapan dan lihat sendiri EQA di ruang pameran Hap Seng Star.

Hap Seng Star juga akan menayangkan dua lagi model yang akan dilancarkan tak lama lagi di pameran ini. Salah satu daripadanya baru saja diacah oleh Mercedes-Benz Malaysia, manakala model yang satu lagi masih kekal sebagai misteri.

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai kuiz untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 07

Tambahan pula, para pelanggan yang membuat 300 tempahan pertama di pameran ini akan menerima pelbagai hadiah menarik seperti ‘dashcam’ DDPai, pembersih udara Trapo, ‘speaker’ INFINITY by Harman, pelindung cat kereta IGL Coatings, produk penjagaan kereta Karcher, sarung kerusi kulit ‘custom’ DK Schweizer, dan macam-macam lagi.

Menarik, bukan? WapCar Auto Show Exhibition akan berlangsung di ruang terbuka Piazza Pavilion Bukit Jalil, bermula dari 1 – 3 Julai 2022. Tempat letak kereta paling hampir dengan tapak pameran ini terletak di Entrance C; betul-betul selepas anda melalui bangunan utamanya. Jumpa anda di sana!

Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022! 08

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda