window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia

Faisal · Jul 16, 2021 06:00 PM

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 01

Nampaknya, Volkswagen Polo Mk6 generasi baru tidak akan tiba ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat.

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 02

Polo Mk6 yang kini sudah ada model facelift.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Encik Erik Winter, iaitu Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) ketika sesi soal jawab yang kami berpeluang untuk bertanya sewaktu sidang media pelancaran Volkswagen Arteon R-Line 4Motion facelift sebentar tadi.

Juga bacaVolkswagen Arteon facelift 2021 dilancarkan - 2.0L Turbo, DSG, AWD dari RM 247k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 01

Bahagian kabin Polo Mk6 pra-facelift.

Menurut beliau, VPCM sentiasa mencari produk yang sesuai untuk ditawarkan di pasaran Malaysia yang serba kompetitif ini. Tetapi buat masa sekarang, mereka belum ada sebarang perancangan mengenai hatchback segmen B yang mana Volkswagen Polo generasi Mk5 pernah menjadi satu kehangatan di negara kita.

Juga bacaVolkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris?

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 02

TIguan R-Line yang cukup menakjubkan.

Beliau sempat mengulas bahawa VPCM juga sedang pertimbangkan beberapa model yang lain memandangkan trend zaman sekarang adalah kenderaan jenis SUV. Lagipun, model VPCM yang paling laku di Malaysia buat masa ini adalah sebuah SUV iaitu Tiguan. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka tidak merancang langsung untuk perkenalkan Volkswagen Polo generasi baru.

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 03

Polo Mk5.

Selama ini, Volkswagen Polo Mk5 di pasaran Malaysia mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Hatchback Eropah yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Dunia Tahun 2010 itu datang dengan enjin 1.2L turbo (105 PS, 175 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 04

Polo GTI Mk6, hothatch segmen B Volkswagen terakhir yang ada di Malaysia.

Dengan sambutan yang begitu memuaskan, pasaran kita menyaksikan pula kehadiran Polo GTI (180 PS, 250 Nm tork).

Tidak cukup dengan itu, Polo Sedan yang mempunyai kapasiti but yang lebih besar juga turut diperkenalkan.

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 05

Malah, Polo Mk5 turut dipasang secara lokal (CKD) yang mana kedua-dua varian hatchback dan sedan hadir dengan enjin 1.6L aspirasi natural dan transmisi automatik 6 kelajuan.

Sebagai pengubat rindu buat peminat-peminat tegar, enjin 1.2 TSI dan transmisi DSG yang ada pada keluaran pertama ditawarkan semula pada Polo Sedan facelift yang mana ia dikenali sebagai Volkswagen Vento.

Harapan semata-mata, VW Polo Mk6 tidak dirancang untuk tembus pasaran Malaysia 06

Polo Mk6 pra-facelift.

Apapun, usah kecewa. VPCM mempunyai pelbagai lagi pelan untuk pasaran Malaysia. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volkswagen Polo 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda