window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k

Mersita · May 19, 2023 09:00 AM

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 01

Honda CR-V generasi kelima masa kini dijual pada harga bermula dari RM 146,900 sehingga RM 171,400. Dua jenis enjin boleh didapati – 2.0 liter i-VTEC ‘naturally aspirated’ dan 1.5 liter VTEC Turbo. Model ini sudah mencapai penghujung kitaran hayatnya dan model 2024 serba baharu dijangka akan dilancarkan di Malaysia menjelang hujung tahun ini. Bagaimanapun, usah jangkakan yang harga asas model masa kini, RM 150k, akan kekal sama apabila model serba baharu itu keluar nanti.

Honda CR-V 2024 serba baharu sudahpun dilancarkan di Thailand pada Mac lalu. Mengikut sejarahnya, ia mempunyai selang masa kira-kira 6 bulan antara pelancaran serantau model Honda di Thailand dengan pelancaran tempatannya di Malaysia.

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempoh masa 6 bulan ini diperlukan untuk penyetempatan komponen, pengeluaran percubaan di kilang Honda Malaysia di Pegoh, dan juga permohonan pada kerajaan untuk pengurangan cukai eksais memandangkan kereta dipasang domestik (CKD) layak diberi pengurangan berdasarkan nilai belian komponen tempatan.

Kami jangka Honda CR-V 2024 generasi keenam serba baharu ini akan dilancarkan di Malaysia pada suku keempat 2023.

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 01

Secara global, Honda CR-V generasi keenam hanya boleh didapati dengan dua pilihan enjin -1.5 liter VTEC Turbo yang dibawa masuk daripada model masa kini, dan enjin baharu iaitu 2.0 liter dwi-motor hybrid penuh yang dikongsi dengan Civic e:HEV RS.

Enjin berprestasi hebat iaitu R20A 2.0 liter i-VTEC ‘naturally aspirated’ tiada lagi, memandangkan ia sudah tidak menepati standard pelepasan gas rumah hijau di kebanyakan negara seluruh dunia. Digandingkan lagi dengan sasaran Honda untuk meningkatkan campuran jualan trenkuasa elektrik di peringkat global, enjin 2.0 liter lama yang sangat bagus ini mesti digugurkan.

Ini juga bermaksud yang harga asas bagi Honda CR-V 2024 pastinya akan naik.

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 02

CR-V generasi masa kini akan jadi yang terakhir untuk dijual dengan harga bawah RM 150k

Berikut ialah senarai harga Honda CR-V mengikut varian di pasaran sekarang:

  • 2.0L 2WD: RM 146,900
  • 1.5L TC-P 2WD: RM 165,800
  • 1.5L TC-P 2WD Black Edition: RM 170,400
  • 1.5L TC-P 4WD: RM 171,400

Jika enjin asas 2.0 liter ‘naturally aspirated’ tidak ada lagi, harga permulaan CR-V akan naik sehingga hampir RM 19k!

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 03

Enjin varian asaas 2.0 liter i-VTEC ‘naturally aspirated’ akan digugurkan menjelang hujung tahun ini

Oleh yang demikian, kita boleh jangkakan harga bagi Honda CR-V 2024 serba baharu – tanpa enjin R20A – akan bermula daripada sekitar RM 170k.

Enjin 2.0 liter e:HEV hybrid, jika tiba di pasaran kita, akan menaikkan harganya kepada sekitar RM 190k. Sebagai rujukan, terdapat jurang RM 16k dari segi harga Civic 1.5L VTEC Turbo dan Civic 2.0L e:HEV hybrid.

Tambahan pula, Malaysia tiada kelebihan khas untuk hybrid berbanding dahulu – berbeza dengan Thailand.

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 04

Tanpa CR-V 2.0L varian asas, peluang nampaknya terbuka luas untuk Mazda CX-5 mencelah pilihan pembeli – satu model facelift baharu yang dijangka akan turut dilancarkan sekitar masa pelancaran CR-V generasi baharu

Harga asas yang semakin tinggi ini akan meletakkan Honda CR-V 2024 pada posisi kurang selesa untuk bersaing dengan Mazda CX-5 – yang bermula padaa harga RM 139,069 sahaja bagi varian asas 2.0G 2WD Mid.

Namun, jangan anggap Honda Malaysia berputus asa. Lambang ‘H’ tetap unggul dengan menyaingi jualan kereta penumpang Toyota (Hilux dan Hiace terkecuali sebagai kenderaan komersial). Percaturan mereka melangkaui batas ini.

Harga bagi CR-V juga semakin naik di banyak lagi negara lain, dan inilah yang perlu difikirkan oleh Honda di Malaysia.

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 05

Realitinya ialah CR-V sudah mencapai satu tahap dimana ia mencapai hadnya untuk menjadi SUV berfokuskan pasaran Amerika Syarikat (AS) - terlalu besar dan terlalu mahal bagi pasaran kita namun AS juga merupakan pasaran terbesar bagi CR-V. Oleh itu, keputusan-keputusan tertentu harus dibuat.

Memandangkan enjin murah 2.0 liter ‘naturally aspirated’ sudah tiada, Honda CR-V 2024 akan meninggalkan jurang yang sangat besar – sekitar RM 30k – 40k – dengan Honda HR-V yang lebih kecil.

Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k 06

Di Jepun, CR-V sudah dianggap terlalu besar dan mahal, maka ia digantikan dengan ZR-V

Satu model baharu pastinya dalam perancangan. Honda Malaysia masih belum mendedahkan maklumat terperinci, namun kami mengesyaki yang Honda ZR-V akan diperkenalkan di sini bagi mengisi jurang besar antara HR-V dan CR-V.

Juga baca: Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini!

Tonton video di bawah untuk melihat model pasaran Thailand, dan beberapa kelengkapan barangkali berbeza dengan model pasaran Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda