window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia!

Khairil ยท Aug 30, 2021 09:30 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tampil sebagai motosikal pertama BMW menggunakan lencana 'M' yang juga bermaksud lebih premium dan berkuasa, BMW M 1000 RR 2021 dibawa masuk selepas hampir setahun pelancarannya secara global pada September lalu.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 01

Ia dibawa masuk dalam unit yang terhad oleh BMW Motorrad Malaysia dan datang dengan teknologi yang dicipta untuk kegunaan litar iaitu di WSBK ke jalan raya.

Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 02

Menggunakan enjin bersesaran 999 cc, 4 Silinder Sebaris, peningkatan yang diberikan kepada jentera ini menyaksikan kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 212 Hp pada 14,500 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm dan boleh dikerah sehingga 15,100 rpm.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 03

Antara yang dilakukan BMW Motorrad bagi mengerah lebih kuasa adalah dengan penggunaan injap titanium, piston yang 12 gram lebih ringan, rocker arm lebih ramping dan ringan serta connecting rod daripada titanium. 

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 04

Selain penggunaan komponen aluminium yang lebih ringan termasuk lengan ayun, peg kaki, untuk meningkatkan lagi tahap ekslusif jentera ini adalah penggunaan gentian karbon di pelbagai panel dan komponen termasuk rim.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 05

Antara yang paling menarik perhatian adalah penggunaan 'Winglet' gentian karbon yang pastinya meningkatkan aerodinamik motosikal berkenaan selain sistem ekzos titanium yang 3.7 kg lebih ringan berbanding varian standard.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 06

Sistem brek juga dinaiktaraf dan seperti dikatakan, dibangunkan berdasarkan input yang diperoleh daripada perlumbaan WSBK. Untuk sistem suspensi, ia menggunakan fork jenis terbalik (USD) 45 mm namun lebih ringan.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 07

Ciri-ciri canggih yang melengkapi BMW M 1000 RR 2021 adalah seperti klac anti-hopping, tujuh mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic, Race dan Race Pro 1-3), Dynamic Traction Control (DTC), DTC Wheelie Control, Engine Braking Control, Shift Assistant Pro (quickshifter).

Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 08

Seperti model aras tinggi lain, panel meter yang digunakan BMW M 1000 RR 2021 adalah dari jenis digital TFT berwarna penuh dengan saiz 6.5 inci dengan akses M GPS dan M GPS laptrigger.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 09

Pilihan warna yang ditawarkan adalah tunggal iaitu kombinasi Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red.

Harga yang ditawarkan, RM 249,500 tidak termasuk insuran namun hadir dengan jaminan dan program bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia! 10

Kepada yang berminat, BMW Motorrad ada menyediakan pakej pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia dengan bayaran ansuran serendah RM 3,040 sebulan dengan pinjaman sebanyak 80 peratus untuk tempoh empat tahun.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda