window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Khairil ยท Apr 23, 2021 08:00 PM

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 01

Selepas pelancarannya di peringkat global Oktober tahun lalu, 'Sportbike' yang dikenali sebagai 'adik' kepada jentera legenda Aprilia RSV4 iaitu RS660 akhirnya tiba di pasaran tempatan, baru-baru ini.

Jentera yang memperoleh pelbagai respon baik di Eropah itu seperti namanya menggunakan enjin bersesaran 659 cc dan menjadi sportbike fairing penuh kelas pertengahan pertama dibina pengeluar dari Itali itu.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 01

Bersaing dalam pasaran yang padat, RS660 adalah alternatif buat peminat sportbike yang 'mesra' di jalanan namun mempunyai kemampuan untuk beraksi di trek lumba.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 02

Seperti abangnya, RSV4, ia juga dipadankan dengan teknologi canggih yang sebelum ini tidak dimiliki jentera dalam kelas berkenaan.

Sebagai permulaan, jentera yang menggunakan transimisi gear enam kelajuan dengan klac slip-assist itu berupaya menghasilkan kuasa setinggi 100 Hp pada 10,500 rpm dan 67 Nm tork pada 8,500 rpm.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 03

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 04

Antara ciri-ciri canggih yang dimiliki jentera ini adalah pilihan lima mod tunggangan, Cornering ABS, Aprilia Cruise Control serta Aprilia Quick Shift.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 05

Selain itu, pelbagai lagi sistem elektronik diberikan secara standard oleh Aprilia, seperti Aprilia Traction Control, Aprilia Wheelie Control, Aprilia Engine Brake, Aprilia Engine Map serta mempunyai sistem Inertia Management Unit (IMU) 6 axis.

Dari sudut keselamatan dan keselesaan tunggangan, RS660 menggunakan fork dari jenis Kayaba 41 mm boleh laras sepenuhnya manaklaa monoshock dengan pelarasan pra beban dan lantunan.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 06

Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar 320 mm berserta angkup Brembo empat piston di hadapan dan cakera 220 mm dengan angkup Brembo dua piston di belakang dengan saiz rim 17 inci bersama tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 07

Dari sudut paparan panel instrumen meter, RS660 menggunakan unit digital TFT yang selain memaparkan informasi penting motosikal. Ia juga boleh disambung dengan aplikasi telefon bimbit Aprilia MIA untuk fungsi seperti menjawab/membuat panggilan, mengawal muzik dan navigasi.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 08

Informasi lain bagi RS660 ialah tangki bahan apinya berkapasiti 15 liter, berat keseluruhan 183 kg dengan ketinggian pelana 820 mm.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 09

Di pasaran Malaysia, ia datang dengan penawaran harga yang disifatkan kompetitif bagi pasaran tempatan iaitu RM 59,900, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia! 10

Kepada yang berminat, RS660 juga datang dengan dua pilihan warna iaitu Lava Red dan Apex Black serta jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda