window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V!

Zamil Syaheer · Aug 8, 2022 08:00 PM

Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V! 01

Akhirnya, harga baru termasuk SST untuk Proton X50 kini sudah ada dan disahkan secara rasmi oleh para pengedar Proton. Dengan SST, ada peningkatan sekitar 9% hingga 10%. Harga baru X50 adalah seperti berikut:

Harga terkini Proton X50 di Malaysia
Varian Harga
Standard RM 86,300 (naik RM 7,100)
Executive RM 93,300 (naik RM 8,500)
Premium RM 101,800 (naik RM 8,600)
Flagship RM 113,300 (naik RM 10,000)

Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V! 02

Perlu diingatkan bahawa Proton X50 mula dilancarkan pada tahun 2020, apabila kereta pemasangan tempatan (CKD) masih dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Manfaat di bawah skim rangsangan ekonomi Penjana ini telah berakhir ada 30-Jun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimanapun, bagi pembeli yang telah menempah kereta mereka sebelum 30-Jun 2022 tetapi masih belum menerimanya akan membayar harga bebas SST, dengan syarat kereta mereka didaftarkan sebelum 31-Mac 2023.

Baca juga: Tempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan - MOF

Proton X50 berbanding pesaing yang lain

Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V! 01

X50 Flagship

Harga Proton X50 Flagship kini bertindih dengan Proton X70 Executive TGDi yang berharga RM 110,800. Kedua-duanya berkongsi enjin yang sama – 1.5 liter, 3-silinder berpengecas turbo (177 PS, 255 Nm) yang kini dibuat di Malaysia – dan transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan, walaupun jelas X70 menawarkan lebih banyak dari segi saiz.

Baca juga: Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Kenaikan harga ini juga menyaksikan jurang antara Honda HR-V dan Proton X50 semakin rapat, dengan HR-V 1.5 S beraspirasi semula jadi berharga RM 114,800. Tahap keselesaan antara kedua SUV segmen B ini jelas berbeza, tetapi jangan lupa HR-V juga bukan 'kosong'; dengan Honda Sensing ADAS menjadi standard pada model tersebut. Anda boleh baca lanjut dibawah.

Baca juga: 2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V! 02

Setakat ini, selain kemas kini sistem infotainmen, tiada lagi peningkatan kepada kereta terlaris Malaysia pada Julai 2022.

Baca juga: Proton X50 cantas Perodua Myvi untuk jadi kenderaan terlaris Malaysia, SUV pertama dalam sejarah!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda