window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah

Faisal · Jan 14, 2022 12:00 PM

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 01

  • RM 9k lagi murah, bergantung pada varian
  • Tampil sebagai model facelift
  • Berkuasa 286 PS/400 Nm dengan jarak pandu 461 km

Harga BMW iX3 yang dikecualikan cukai di Malaysia baru sahaja disahkan dan ia bermula pada RM 327,800 untuk varian Inspiring sehingga RM 345,800 untuk varian Impressive (termasuk Power Package dan BMW Service & Repair Inclusive: 5-Year Extended Warranty & 6-Year Service Package).

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 02

Sebelum ini, harganya ditawarkan dari RM 335,800 hingga RM 354,800. Jadi, BMW iX3 kini sehingga RM 9k lebih murah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Untuk makluman anda, Power Package yang disebutkan adalah BMW i Standard Charging Cable dan BMW i Wallbox.

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 01

Secara teknikal, BMW iX3 (CBU dari Shenyang, China) untuk pasaran Malaysia dikuasakan oleh motor elektrik belakang dengan janaan 286 PS/400 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa selama 6.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 180 km/j.

Juga bacaBMW Malaysia puji kerajaan atas pengecualian cukai 0% untuk kenderaan EV bateri

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 02

Dari segi komponen, bateri ion-litium yang didatangkan pada SUV ini berkapasiti 80 kWj dan ia berupaya memberi jarak pandu sehingga 461 km (kitaran WLTP). Sistem bateri dan soketnya juga boleh melakukan pengecasan pantas DC dengan kadar 150 kW dan mengecas ke 80% mengambil masa selama 32 minit. Pengecasan AC sehingga 11 kW pula disokong oleh penyambungan Type 2 dan mengecas penuh iaitu ke 100% mengambil masa sehingga 7.5 jam.

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 03

Port mengecas jenis CCS Combo 2.

Untuk pengetahuan anda, pek bateri ini ada 10 modul individual yang boleh ditukar seandainya berlaku apa-apa selepas tempoh waranti bateri 8 tahun/160,000 km tamat.

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 04

Dari segi kelengkapan, BMW iX3 varian Inspiring hadir dengan rim aerodinamik 19 inci, manakala varian Impressive menonjol dengan 20 inci yang bereka bentuk 890 M dwi-warna.

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 05

Untuk lampu pula, varian Inspiring memperlihatkan jenis Adaptive LED manakala Laserlight eksklusif untuk varian Impressive sahaja. Apapun, kedua-dua varian iX3 datang sekali dengan bantuan lampu tinggi dan pakej M Sport.

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 06

Pada bahagian dalam, terdapat ciri infotainment 12.3 inci, lampu ambient lighting dan bumbung suria panoramik. Sentuhan M Sport yang diterapkan pada bahagian kabin pula termasuklah:

  • Penghadang keluar masuk M yang berlampu
  • Roda stereng kulit M
  • Trim hitam kilat M Shadowline
  • Siling M anthracite

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 07

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 08

Antara ciri lain adalah penyaman udara automatik 3-zon, Heads-Up Display (HUD), cermin akustik dan sistem bunyi Harman Kardon.

Juga bacaPengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 09

Berkenaan keselamatan, BMW iX3 dilengkapkan dengan teknologi Driving Assistant Professional yang mana ia merangkumi:

  • Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go
  • Steering dan Lane Control Assistant beserta panduan lorong aktif
  • Emergency Stop Assistant
  • Lane Change Assistant
  • Lane Keeping Assistant dengan perlindungan pelanggaran tepi aktif
  • Crossing-traffic Warning di depan
  • Evasion Assistant
  • Crossroads Warning dengan fungsi brek dalam bandar

Harga BMW iX3 dengan cukai 0% didedah – dari RM 327k - RM 345k, RM 9k lagi murah 10

Namun bezanya, varian Inspiring datang dengan Parking Assistant, manakala Parking Assistant Plus hanya untuk varian Impressive.

Juga bacaTempahan BMW X3 versi elektrik, iX3 kini dibuka untuk rakyat Malaysia – dari RM 335,800

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW iX3 M Sport Inspiring

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia