window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Daihatsu Ayla di Indonesia varian asas 1.0 MT juga bermula RM 39k, tapi apa pembeli dapat?

Faisal Β· Mar 14, 2023 04:00 PM

Harga Daihatsu Ayla di Indonesia varian asas 1.0 MT juga bermula RM 39k, tapi apa pembeli dapat? 01

Gambar dari AutoFun ID.

Harga Daihatsu Ayla 2023 yang diumumkan di Indonesia baru-baru ini pasti menarik perhatian rakyat Malaysia kerana Perodua Axia yang dahulunya kereta paling murah di Malaysia kini telah mengalami kenaikan harga. Apa yang kami maksudkan adalah harga varian permulaan buat Axia baharu pun dah mencecah RM 38,600. Yang RM 20k+ sebenarnya ada tetapi itu untuk kegunaan sekolah memandu dan ia Axia generasi terdahulu.

Juga bacaHarga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+!

Harga Daihatsu Ayla di Indonesia varian asas 1.0 MT juga bermula RM 39k, tapi apa pembeli dapat? 02

Bagi anda yang belum tahu, Ayla varian permulaan di Indonesia pun berharga lebih kurang sama. Menariknya, varian ini di sana hanya menggunakan transmisi manual 5 kelajuan, bukan D-CVT dan rimnya hanya datang dengan jenis kompang yang bersaiz 13 inci. Lagi satu, cermin sisinya lebih kecil berbanding varian lebih atas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga Daihatsu Ayla di Indonesia varian asas 1.0 MT juga bermula RM 39k, tapi apa pembeli dapat? 01

Berkenaan multimedia pula, Ayla varian asas di Indonesia ini hanya menggunakan radio konvensional, bukan macam kita yang dapat sekali sokongan USB dan Bluetooth. Satu lagi perkara adalah kuncinya tidak datang dengan kawalan jauh langsung. Untuk makluman anda, Indonesia juga merungut bahawa harga kereta termurah ini tidak lagi serendah dahulu. Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Ayla RM 20k+ akan diperkenalkan kemudian atau tidak.

Harga Daihatsu Ayla di Indonesia varian asas 1.0 MT juga bermula RM 39k, tapi apa pembeli dapat? 02

Jadi, kalau diikutkan, spesifikasi Perodua Axia baharu di Malaysia tetap lebih tinggi. Logiklah kalau harganya mengalami kenaikan kerana varian permulaan pun dah lengkap dengan bermacam ciri standard.

Juga bacaPerodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik?

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda