window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga getah jatuh namun harga tayar melambung 6x ganda, sila tanya pengeluar tayar!

Haris · Sep 19, 2022 02:00 PM

Harga getah jatuh namun harga tayar melambung 6x ganda, sila tanya pengeluar tayar! 01

Peningkatan harga tayar nampaknya tidak dapat dijelaskan dengan harga komoditi getah yang dilaporkan berada di paras rendah.

Dalam satu laporan daripada Kosmo!, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr. Zairossani Mohd. Nor berkata bahawa harga getah tidak mempengaruhi harga tayar.

“Kita tidak boleh kaitkan harga getah asli dengan tayar ken­deraan kerana yang menentukannya harga tayar adalah syarikat pengeluar tayar itu sendiri,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dia juga turut menjelaskan bahawa kenaikan kos lain mungkin menjadi punca kenaikan harga tayar sehingga 6 kali ganda.

Harga getah jatuh namun harga tayar melambung 6x ganda, sila tanya pengeluar tayar! 01

“Getah asli sebahagian sahaja dalam pembuatan tayar, getah yang diguna pakai sewaktu buat tayar hanya 10 ke 15 peratus sahaja, manakala tayar bas dan lori 20 ke 30 peratus dan lain adalah bukan berkaitan getah.

“Untuk mengatakan harga tayar naik disebabkan getah adalah tidak adil, perlu kira kos logistik, upah pekerja dan bahan yang lain juga. Kami juga menghadapi kenaikan harga dari sudut ber­kenaan,".

Harga getah jatuh namun harga tayar melambung 6x ganda, sila tanya pengeluar tayar! 02

Dalam menjelaskan penurunan harga getah pula, dia berkata bahawa negara pengguna terbesar getah iaitu China kini mengurangkan penggunaan disebabkan oleh penurunan produktiviti kilang di sana berikutan tempoh kawalan pergerakan yang masih dilaksanakan di beberapa tempat.

“Aktiviti pengilangan di China pada tahap yang rendah membuatkan permintaan getah me­nurun. Ini termasuk negara Eropah yang kini bergolak. Setakat ini, harga getah turun naik."

Harga getah jatuh namun harga tayar melambung 6x ganda, sila tanya pengeluar tayar! 03

Dalam pada itu, pengusaha kedai tayar pula memberitahu bahawa kenaikan harga tersebut adalah disebabkan oleh kos pengangkutan dan kos bahan mentah yang semakin meningkat di samping tukaran matawang Ringgit lemah.

Keadaan ini kemudiannya memaksa pengguna mencari alternatif lain seperti membeli tayar terpakai atau menggunakan tayar sehingga hampir botak lalu menimbulkan pula masalah keselamatan di jalan raya.

Baca: Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda