![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 01]()
Berikutan daripada pengumuman oleh Honda Malaysia malam semalam, Honda City RS e:HEV telah diumumkan harga pada RM 105,950. Liputan awal mengenai pengumuman tersebut sudah pun dijangka oleh suatu sumber yang memberitahu Wapcar.my awal minggu ini.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 02]()
Hal ini menjadikan varian Honda City RS sebagai model paling mahal dalam barisan model Honda City (harga atas jalan, tanpa SST dan insurans sah sehingga 30 Jun 2021).
Varian Honda City 2020 |
Model |
Harga |
Honda City RS |
RM 105,950 |
Honda City V |
RM 86,561 |
Honda City E |
RM 81,664 |
Honda City S |
RM 74,191 |
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 01]()
Honda City RS adalah model paling berkuasa dalam pasaran sedan segmen B buat masa ini. Enjin 1.5 liter hibrid i-MMD melakukan debut global pada pelancaran Honda City di Malaysia. Enjin hibrid e:HEV ini mengeluarkan output gabungan sekitar 109 PS kuasa kuda dan 253 Nm tork dengan gandingan transmisi e-CVT.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 02]()
Model mercu ini menggunakan lampu LED pada bahagian hadapan, belakang dan sebagai lampu siang DRL. Ia juga turut mengenakan rim aloi 16 inci dua tona dan beberapa perincian RS yang lain.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 03]()
Perincian lain bertemakan RS termasuklah gril hadapan hitam berkilat dengan lencana RS, bampar hadapan dan belakang, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 04]()
Pada bahagian dalam pula, varian ini menerima kluster instrumen digital 7 inci RS, brek parkir elektronik (EPB), dan pedal minyak jenis sport. Hiburan dikuasakan oleh sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay, menyalurkan audio ke susunan 8-pembesar suara.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 05]()
Bagi mereka yang berminat, ini satu perincian yang perlu anda pertimbangkan. Kapasiti but belakang Honda City RS adalah sebanyak 409 liter disebabkan oleh ruang yang dimakan untuk memuatkan bateri motor i-MMD. Varian lain mempunyai kapasiti but belakang sebanyak 519 liter.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 06]()
Honda Sensing pada Honda City RS mempunyai kamera monokular yang dipertingkat dengan sudut operasi yang lebih luas. Berkemungkinan fungsi FCW (Forward Collision Warning), CMBS (Collision Mitigation Braking System) dan ACC (Adaptive Cruise Control) akan meliputi kawasan yang lebih luas daripada Honda Civic, CR-V atau Accord.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 07]()
Walau bagaimanapun, Honda Sensing pada Honda City RS tidak mempunyai fungsi Low Speed Follow. Ia masih mempunyai Kamera Pengesanan Titik Buta Honda LaneWatch.
Turut dilengkapi pada Honda City RS ini adalah aplikasi telematik kenderaan Honda Connect.
![Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k! 08]()
Honda City RS hanya ditawarkan dalam 3 warna iaitu Passion Red Pearl, Platinum White Pearl, dan Modern Steel Metallic.
Ia menerima warranti jarak perbatuan tanpa had selama 5 tahun, serta perkhidmatan percuma sehingga lima kali dalam tempoh 100,000 km atau 5 tahun. Berdasarkan kesemua spesifikasi yang ada pada Honda City RS, harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Bagaimana pula dengan anda?
Bacaan Lanjut:
Honda City RS 2020 dipratonton di Malaysia – enjin teknologi i-MMD baharu!
Pandu uji: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia
Honda Connect dilancarkan - panggilan kecemasan automatik kepada yang tersayang buat pemilik Honda!