window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga lebih tinggi, takde hal - Toyota Veloz 2022 merekodkan lebih 6,000 tempahan dalam masa 4 bulan!

Zamil Syaheer Β· Oct 18, 2022 08:00 PM

Harga lebih tinggi, takde hal - Toyota Veloz 2022 merekodkan lebih 6,000 tempahan dalam masa 4 bulan! 01

Walaupun terdapat perbezaan harga antara Toyota Veloz (W151) and 2022 Perodua Alza (D27A), UMW Toyota Motor (UMWT) telah menyaksikan "penerimaan positif" untuk model mereka, dengan lebih 6,000 tempahan dikumpulkan dalam tempoh empat bulan sejak Jun 2022.

Harga lebih tinggi, takde hal - Toyota Veloz 2022 merekodkan lebih 6,000 tempahan dalam masa 4 bulan! 02

"Memandangkan Toyota Veloz serba baru telah dibuka untuk tempahan pada Jun tahun ini, kadar pengambilan pesanan menunjukkan penerimaan yang positif dan kami komited untuk memberikan usaha terbaik dan berusaha keras untuk memastikan penghantaran kepada pelanggan yang mendapat pengecualian SST sebelum Mac 2023 .

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat ini, UMW Toyota Motor telah merekodkan lebih 6,000 tempahan untuk Toyota Veloz menandakan minat yang semakin meningkat terhadap rupa SUV crossover,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Harga lebih tinggi, takde hal - Toyota Veloz 2022 merekodkan lebih 6,000 tempahan dalam masa 4 bulan! 01

Mac 2023 merujuk kepada tarikh akhir harga pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Ini bermakna pelanggan boleh menikmati harga kereta bebas SST jika mereka telah menempah unit mereka sebelum 30-Jun 2022 dan mendaftarnya sebelum 31-Mac 2023.

Pada masa ini, harga pengecualian SST Toyota Veloz bermula daripada RM 93,174. Harga dengan SST belum didedahkan pada masa penulisan.

Baca juga: Tempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan - MOF

Dengan pengenalan Veloz, Toyota Avanza akhirnya melabuhkan tirai dari Malaysia selepas 178,000 unit terjual sejak pertama kali diperkenalkan pada 2004. Veloz telah dilancarkan di sini sebentar tadi. Walaupun terdapat perbezaan kira-kira RM18k antaranya dan Alza AV, terdapat banyak ciri mahupun kelengkapan yang anda akan dapat.

Klik pautan biru di bawah untuk artikel pelancaran kami, di mana kami memperincikan semua tentang Toyota Veloz 2022 di Malaysia sepenuhnya. Tonton juga dua video TikTok kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Juga baca: 2022 Toyota Veloz dilancarkan - dari RM 93k, pengganti Avanza kini jauh lebih premium!

@wapcar_zamil Amacam, mana satu lagi baloi? #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #toyotaveloz #peroduaalza #alza2022 #veloz2022 ♬ Despair (ζŠ–ιŸ³ηƒ­ζ’­) - 初撦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda