window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga 'resale value' kereta mikro Peel P50 naik 25x ganda, terjual RM 613k selepas hampir 60 tahun!

Haris ยท Mar 20, 2022 08:00 PM

Harga 'resale value' kereta mikro Peel P50 naik 25x ganda, terjual RM 613k selepas hampir 60 tahun! 01

Peel P50 ialah kereta mikro beroda tiga yang dibuat sekitar1962 hingga 1965 oleh Peel Engineering Company dari Isle of Man. Kenderaan itu yang sedia popular, mula mendapat lebih perhatian pada 2010 apabila ia memasuki Guinness Book of Record sebagai kereta pengeluaran massa terkecil dunia.

Harga 'resale value' kereta mikro Peel P50 naik 25x ganda, terjual RM 613k selepas hampir 60 tahun! 02

Selain itu, ia juga ada membuat beberapa siri penampilan dalam rancangan seperti Top Gear Musim ke-10 dan dalam program saluran Sains How It's Made.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, kecil bukan bermakna murah. Model Peel P50 tahun 1963 ini menjadi objek bidaan pantas di lelongan dalam talian Car & Classic. Hadir dengan warna merah, ia berukuran hanya 130 cm panjang dan kurang daripada 100 cm lebar.

Harga 'resale value' kereta mikro Peel P50 naik 25x ganda, terjual RM 613k selepas hampir 60 tahun! 01

Unit khusus ini dikatakan sebagai Peel P50 yang paling awal dibuat, model pra-pengeluaran, seperti yang ditunjukkan oleh posisi cermin depan yang lebih rendah, lampu sisi Lucas versi awal, stereng krim dan ketiadaan bar gulung belakang. Kesemua ini tidak ada pada model Peel P50 lain.

Satu lagi perkara yang menjadikannya agak istimewa ialah kenderaan itu adalah kenderaan yang digunakan dalam aksi promosi sebelum ia didaftarkan - dipandu ke puncak Menara Blackpool.

Harga 'resale value' kereta mikro Peel P50 naik 25x ganda, terjual RM 613k selepas hampir 60 tahun! 02

Peel P50 menggunakan enjin satu silinder 49cc DKW dan mempunyai tiga gear ke depan. Tiada gear undur, dan pemilik perlu menggunakan pemegang belakang untuk mengangkatnya dan menggerakkannya untuk gostan.

Walaupun begitu, pengumpul kereta sejak akhir-akhir ini memang mengambil kesempatan terhadap pasaran. Dengan latar belakangnya yang liar dan ciri yang berbeza menjadikannya jarang berlaku, model ini berjaya dijual pada harga £111,000 (kira-kira RM 613,473).

Harga 'resale value' kereta mikro Peel P50 naik 25x ganda, terjual RM 613k selepas hampir 60 tahun! 03

Lebih gila lagi, harga itu sebenarnya 25 kali ganda daripada harga runcit asal P50. Pada tahun 1963, sebuah P50 baharu dijual pada harga £199, iaitu kira-kira £4,440 (RM 24,539) dalam bentuk wang hari ini. Harga £111,000 itu pula masih dikira sedikit kerana pada 2016, seorang individu telah berbelanja lebih untuk model tahun 1964 di Amelia Island Auction yang dianjurkan Sotheby, membida sehingga $176,000 (RM 972,714). - Autoevolution

Baca: Honda Civic Type R EK9 terpakai harga RM 400k rekod dunia, tengok odometer dulu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda