window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand!

Haris Β· Nov 15, 2022 03:00 PM

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 01

Toyota bZ4X nampaknya telah menerima permintaan yang luar biasa di Thailand berikutan daripada subsidi kerajaan di sana. SUV elektrik tersebut baru sahaja membuat pelancaran rasmi di Thailand pada minggu lepas dengan harga sekitar THB 1,836,000 (~RM 236k).

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 02

Menurut laporan daripada portal Ridebuster, Toyota bZ4X telah menerima sehingga 3,356 unit tempahan dalam masa 20 jam pada 9 November 8:00 pm selepas pesanan dibuka. Untuk 60 minit pertama, tempahan sudah mencecah 1,064 unit!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hal ini memaksa Toyota Motors Thailand untuk menutup tempahan buat masa ini.

Baca: Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama!

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 01

Malangnya, ketersediaan Toyota bZ4X untuk pasaran Thailand tidaklah terlalu banyak, sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini. Khabarnya, kuota Toyota untuk pasaran ini sehingga penghujung 2022 hanya 50 unit sahaja.

Sebagai perbandingan, Toyota bZ4X yang ditawarkan di pasaran Indonesia disenaraikan pada IDR 1.19 bilion (~RM 356k).

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 02

Kedua-dua pasaran hanya menawarkan satu varian Toyota bZ4X sahaja tetapi dengan susunan yang berbeza sepenuhnya. Toyota bZ4X spesifikasi Thai hanya ditawarkan dengan konfigurasi dwi-motor, pacuan semua roda (AWD) spesifikasi Indonesia menawarkan motor tunggal, pacuan roda hadapan (FWD).

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 03

Pilihan dwi-motor AWD pasaran Thailand menghasilkan output gabungan sebanyak 218 PS dan 337 Nm. Angka ini jauh meninggalkan model spesifikasi Thailand dengan motor tunggal yang hanya menghamburkan 204 PS dan 266 Nm.

Pecutan dari 0-100 km/j didakwa mampu dicapai dalam masa 6.9 saat sahaja. Ciri mod pemanduan X-MODE tersedia, terdiri daripada dua pilihan iaitu Snow/Dirt dan Snow/Mud.

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 04

Manakala bateri Toyota bZ4X berkapasiti 71.4 kWj dan boleh dicas paling pantas dalam masa kira-kira 30 minit menggunakan pengecasan pantas DC melalui port pengecasan CCS2 dengan kuasa 150 kW. Pengecasan AC pula sehingga 6.6 kW melalui port pengecasan Type 2.

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 05

Subsidi daripada kerajaan Thailand membantu menurunkan harga Toyota bZ4X varian atas sehingga RM 236k. Malah, Toyota Motors Thailand turut menawarkan pakej jaminan seperti:

  • waranti bateri mencecah 8 tahun/160,000 km
  • waranti lanjutan 5 tahun/150,000 km
  • bantuan tepi jalan 5 tahun
  • diskaun THB 30,000 (~RM 3.9k) untuk pengecas rumah

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 06

Kesemua ini kedengaran seperti satu pakej yang sangat berbaloi, cukup untuk menarik pengguna supaya membeli SUV elektrik ini walaupun harganya masih lagi di tahap yang tinggi. Sebagai perbandingan, Toyota Fortuner GR Sport berharga THB 1,889,000 (RM 242,583) di sana, manakala Toyota Harrier tidak ditawarkan secara rasmi dan hanya boleh dibeli melalui unit recond.

Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand! 07

Untuk pasaran Malaysia, masih belum dapat disahkan varian mana yang akan dibawakan oleh UMW Toyota Motor (UMWT). Yang pasti, harganya tidak akan murah. Mampukah Toyota bZ4X ditawarkan dalam pakej yang begitu menarik seperti di Thailand untuk pasaran domestik kita?

Baca: UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia