window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT

Mersita · Jun 9, 2020 11:27 AM

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT 01

Geely baru sahaja mendedahkan senarai harga untuk SUV mereka, iaitu Geely Haoyue. SUV Haoyue ini dijual dengan harga antara CNY 108 ribu ke 148 ribu, bersamaan RM 65 ribu ke 89 ribu (sebelum pelarasan cukai).

Geely Haoyue didatangkan dengan konfigurasi 5 atau 7 tempat duduk dan ia agak menarik yang model paling tinggi didatangkan dengan hanya 5 tempat duduk.

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT 02

Senarai harga SUV Geely adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model

Julat Harga

Geely Binyue

CNY 78k – 119k
(RM 47k - 71k)

Geely Boyue

CNY 88k – 119k
(RM 53k - 71k)

Geely Boyue Pro

CNY 98k – 156k
(RM 59k - 94k)

Geely Haoyue

CNY 108k – 148k
(RM 65k - 89k)

Seperti yang dapat dilihat pada senarai diatas, harga bagi BinyueBoyue, dan Haoyue bertindih antara satu sama lain – strategi harga yang belum lagi digunapakai di Malaysia.

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT 01

Di China, pembeli diberi pilihan untuk memilih kereta bersaiz kecil dengan spesifikasi tinggi ataupun kereta besar dengan tahap peralatan yang lebih rendah.

Bagi model Haoyue pula, ia hanya ada 1 pilihan enjin iaitu enjin berpengecas turbo 1.8 liter dengan 4 silinder dipadankan bersama transmisi basah dual-clutch dengan 7 kelajuan. Kombinasi ini sama dengan Proton X70 CKD.

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT 02

Pengisar turbo 1.8 liter ini mampu menjana 184 PS dan tork 300 Nm. Dengan pemanduan tayar hadapan, Geely menyatakan yang Haoyue boleh mencapai kecekapan petrol sebanyak 7.8L/100 km.

Ciri-ciri utama yang ada pada Haoyue termasuklah kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci, sistem infotainment GKUI19 dengan skrin sentuh terapung, sistem penapisan udara dalam kabin PM2.5, 42 ruang penyimpanan dalam kabin berserta atap kaca panoramik yang besar bersaiz 60 inci.

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT 03

Harga SUV Geely Haoyue didedahkan, dari CNY 108k ke 148k, 1.8T & 7-DCT 04

Kami pasti ramai rakyat Malaysia yang akan tertarik pada SUV Proton dengan 7 tempat duduk diinspirasikan oleh Geely Haoyue, tetapi sumber dari syarikat tersebut menerangkan yang mereka belum ada perancangan dalam masa terdekat untuk model seperti ini.

Model kereta Geely-Proton yang seterusnya adalah SUV Proton X50 dan juga Proton MPV generasi seterusnya yang berdasarkan Geely Jiaji.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda