window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+!

Faisal Β· Mar 10, 2023 06:25 PM

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+! 01

Sebentar tadi, pengedar PT Astra Daihatsu Motor (ADM) dan PT Toyota-Astra Motor (TAM) di Indonesia masing-masing baru sahaja mengumumkan harga rasmi buat kembar Perodua Axia baharu di negara itu.

Apa yan dimaksudkan di sini adalah Daihatsu Ayla dan Toyota Agya generasi baharu yang dirasmikan pada pertengahan Februari lepas.

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai Daihatsu Ayla 2023, harga dan varian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 1.0 M: MT - 134 juta IDR (~RM 39k)
  • 1.0 X: MT - 146.9 juta IDR, CVT - 166.9 juta IDR
  • 1.0 X ADS: MT - 152.8 juta IDR, CVT - 172.8 juta IDR
  • 1.2 R: MT - 164 juta IDR, CVT - 184 juta IDR
  • 1.2 R ADS: MT - 169.9 juta IDR, CVT - 189.9 juta IDR (~RM 55.5k)

Juga bacaDaihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia!

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+! 01

Untuk Toyota Agya 2023 pula, penawaran harga dan variannya adalah seperti di bawah:

  • E 1.2: MT - 167.9 juta IDR (~RM 49k)
  • G 1.2: MT - 175.4 juta IDR, CVT - 191.4 juta IDR
  • GR Sport 1.2: MT - (237.5 juta - 240 juta IDR), CVT - (253.5 juta - 256 juta IDR) (~RM 74.1k - RM 74.8k)

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+! 02

Bagi anda yang belum tahu, selain kosmetik, terdapat beberapa perbezaan ciri dan kelengkapan di antara ketiga-tiga trio ini. Sebagai contoh, Toyota Agya menggunakan enjin 1.2L NA 3-silinder WA-VE (88 PS, 112 Nm), manakala Daihatsu Ayla mendatangkan sekali pilihan enjin 1.0L NA 3-silinder 1KR-VE (68 PS, 91 Nm), iaitu nadi sama yang ada pada Perodua Axia kita.

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+! 03

Untuk Toyota Agya, terdapat ciri terdapat eksklusif seperti paddle shifter, pilihan transmisi manual, pengecas nirwayar dan sokongan Apple CarPlay/Android. Mengenai Daihatsu Ayla pula, butang kawalan pada bahagian stereng dan kluster digital memang tidak dilengkapkan langsung.

Juga baca2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam "Baby GR Yaris"!

Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+! 04

Walaupun Perodua Axia tiada sokongan Apple CarPlay/Android Auto, ia menang dalam aspek keselamatan kerana ciri ADAS langsung tidak ditawarkan pada Toyota Agya dan Daihatsu Ayla.

Juga bacaPerodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda