window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y!

Mersita · Jan 1, 2022 06:00 PM

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 01

Toyota bZ4X 2022 elektrik sepenuhnya (EV) akan mula dijual di pasaran United Kingdom pada 2022, digantung dengan tanda harga yang cukup kompetitif sehinggakan boleh bersaing sengit dengan Tesla Model Y yang bersaiz lebih kurang sama.

Empat varian kenderaan elektrik berbateri (BEV) keluaran Toyota akan mula dijual dengan harga seperti di bawah:

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga Toyota bZ4X 2022 di UK
Varian Harga
Pure

£ 41,950

(~ RM 236,390, FWD sahaja)

Motion

£ 45,750

(~ RM 257,803, FWD)

£ 48,350

(~ RM 272,455, AWD)

Vision

£ 47,650

(~ RM 268,510, FWD)

£ 50,250

(~ RM 283,161, AWD)

Premiere Edition

£ 51,550

(~ RM 290,487, AWD sahaja)

Disamping itu, Tesla Model Y Long Range bermula dari £ 54,990 (~RM 309,848), dan naik sehingga £ 64,990 (~RM 366,195) bagi varian Performance.

Spesifikasi Toyota bZ4X

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 01

bZ maksudnya ialah ‘beyond Zero’, dan EV pasaran besar-besaran pertama keluaran Toyota ini dibangunkan di atas platform khusus e-TNGA yang dibangunkan bersama oleh Subaru. Ia adalah kembar Subaru Solterra.

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 02

Ia didatangkan dengan bateri 71.4 kWh, padan dengan kadar maksima pengecas pantas DC sehingga 150 kW. Dalam erti kata lain, kereta ini boleh dicas sehingga 80% dalam masa hanya setengah jam.

Port pengecasnya datang dalam bentuk Type 2 bagi pengecas AC, dan CCS bagi pengecas pantas DC.

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 03

Varian-varian pacuan roda hadapan (FWD) menjana 204 PS, manakala varian pacuan semua roda (AWD) mempunyai ‘output’ tergabung setinggi 218 PS.

Jarak pemanduan bagi varian FWD dalam kitaran WLTP ialah 500 km, manakala bagi AWD ialah 460 km.

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 04

Model Y

Jika dibandingkan, Model Y Long Range menawarkan jarak perjalanan 506 km, manakala varian Performance memberi jarak 480 km – juga berdasarkan standard WLTP.

Toyota bZ4X di Malaysia

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 05

bZ4X ialah salah satu calon berpotensi dalam strategi EV UMW di Malaysia, selain daripada Lexus UX300e.

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 06

Seperti biasa, harga bagi SUV elektrik ini belum lagi diumumkan. Namun yang pastinya, ia akan jauh lebih mahal berbanding Toyota Camry yang kini dijual pada harga RM 188,763, atau hanya RM 123,152 di zon bebas cukai, Langkawi.

Baca juga: Bajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y! 07

Perbezaan ini penting, kerana perlu diingatkan yang kereta elektrik import akan dijual pada harga bebas cukai sehingga penghujung tahun 2023 – tertakluk kepada kelulusan Parlimen bagi cadangan insentif cukai ini – maka agak mustahil bagi bZ4x untuk dijual pada harga sekitar RM 150,000 hingga RM 200,000.

Baca juga: UMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda