window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST

Mersita · Mar 3, 2022 11:00 AM

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST 01

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengemaskini harga bagi tiga model keluarannya, iaitu Toyota Innova, Toyota Fortuner, dan Toyota Hilux, sah bermula 1 Mac 2022. Senarai harga baru ini bertanda 'Anggaran', namun tinjauan kami dengan pengedar mendedahkan yang harga-harga ini sudah termasuk cukai jualan (SST).

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST 02

Walaupun masih ada masa kurang dari empat bulan untuk warga Malaysia mengambil kesempatan dari pengecualian SST bagi pembelian kereta penumpang baru, kita boleh jangkakan yang pengeluar serta pengedar kereta akan mengemaskini harga baru berserta SST dalam bulan-bulan mendatang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Susulan respon positif dari segi jualan, segelintir pelanggan mungkin akan menerima kereta mereka selepas 30 Jun 2022 iaitu apabila tempoh pengecualian/diskaun SST berakhir.

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST 01

Kemaskini harga Toyota 2022 (Bermula 1 Mac 2022)
Varian Harga (tanpa SST) Harga (termasuk SST)
Innova
2.0 G RM 125,232 RM 133,880
2.0 X RM 133,355 RM 141,880
Fortuner
2.4 AT RM 169,167 RM 179,880
2.7 SRZ RM 176,369 RM 186,880
2.8 VRZ RM 207,553 RM 220,880

Harga Toyota Innova naik sehingga sekitar RM 8,000 manakala Fortuner naik harga antara RM 10,500 hingga RM 13,300.

Kemaskini harga Toyota Hilux 2022 (Bermula 1 Mac 2022)
Varian Harga (tanpa SST) Harga (termasuk SST)
2.4 Single Cab RM 92,880 RM 95,880
2.4 E RM 108,880 RM 111,880
2.4 V RM 133,880 RM 136,880
2.8 Rogue RM 146,880 RM 149,880

Disamping itu, Toyota Hilux yang tidak termasuk dalam pengecualian SST (status kereta komersial) juga menyaksikan kenaikan harga sehingga RM 3,000. Kami jangka nilai matawang Ringgit yang lemah mungkin ada kaitan dengan kenaikan harga ini.

Baca juga: Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST 02

Memandangkan ketiga-tiga kenderaan berplatformkan IMV ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) Shah Alam, ia layak menerima pengecualian penuh SST sehingga 30 June 2022 – kecuali Hilux.

Baca juga: Bajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST 03

Pengecualian SST dilaksanakan adalah untuk memacu pertumbuhan industri otomotif tempatan yang semakin perlahan.

Oleh sebab pelaksanaan ini, industri dapat menyaksikan pertumbuhan positif dari segi jualan dan minat dari pembeli. Namun, tempoh pengecualian cukai ini mungkin akan berakhir tidak lama lagi memandangkan Kementerian Kewangan (MoF) belum lagi mengumumkan sebarang lanjutan bagi pengecualian cukai ini.

Baca juga: K'jaan beri bayangan tiada lanjutan pengecualian cukai, tinggal 4 bulan sebelum harga kereta naik semula!

Harga Toyota Innova, Hilux, Fortuner naik sehingga RM 13,000, sekembalinya SST 04

UMW Toyota (UMWT) mempunyai permulaan tahun 2022 yang amat positif dengan 7,528 unit terjual pada Januari – naik 96 peratus berbanding bulan sama pada tahun 2021. Syarikat itu juga menutup tirai 2021 dengan gembira apabila Toyota merampas semula takhta dari Honda bagi posisi jenama kereta bukan nasional No.1 paling laris di Malaysia.

Namun, jika harga jualan semakin naik disebabkan pelaksanaan semula SST, mampukah Toyota mengekalkan momentum ini?

Baca juga: Toyota - 2021 tahun kedua terbaik dalam sejarah, 10.5 juta kereta terjual, No.1 sebab tapau VW

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda