Harga trak pikap elektrik BYD yang akan lancar tahun 2024; Dah tahap Ford Ranger Raptor?
Faisal · Jan 29, 2023 12:00 PM
Intipan trak pikap BYD yang pernah tertular.
Bagi anda yang belum tahu, BYD sudah berancang untuk memperkenalkan trak pikap EV pertama mereka pada tahun 2024. Menariknya, terdapat laporan bahawa BYD akan turut menawarkan versi hibrid plug-in.
Untuk rantau kita, ia akan tiba di pasaran Australia dahulu yang mana trak pikap begitu digilai di sana. Kata Luke Todd selaku pengarah urusan pengedar BYD di Australia, EVDirect, “Pikap pertama BYD akan menembus pasaran bermula tahun 2024”. Selain itu, turut diperkatakan bahawa model ini akan tiba juga di pasaran Thailand.
Setakat ini, butiran mengenainya masih banyak yang dirahsiakan. Malah, masih belum dapat dipastikan sama ada BYD akan guna casis jenis ladder frame atau unibody. Tetapi apa yang hampir pasti adalah BYD akan guna teknologi bateri Blade yang mana ia dengan mudahnya memberi jarak pandu atas 400 km dengan sekali cas.
Satu butiran menarik adalah laman ChinaPEV pernah melaporkan bahawa harganya akan berada dalam julat ~RM 51.5k – RM 77k kalau ditukar ke matawang kita. Dalam masa yang sama, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa harganya akan berada dalam lingkungan ~RM 244k – RM 360k. Dah macam saing Ford Ranger Raptor pula kan?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen