window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harley-Davidson X350, X500 (2023) buat kemunculan, imej lengkap, perincian terdedah, tunggu masa nak lancar?

Khairil ยท Dec 22, 2022 11:00 AM

Harley-Davidson X350, X500 (2023) buat kemunculan, imej lengkap, perincian terdedah, tunggu masa nak lancar? 01

Bukan rahsia Harley-Davidson dan syarikat pengeluar motosikal China, QJ Motor menjalin kerjasama menghasilkan model bawah 500 cc yang dicipta untuk pasaran Asia dan selepas penantian agak lama, ia dikatakan sudah pun sedia dilancarkan.

Diberi nama Harley-Davidson X350 dan Harley-Davidson X500, maklumat termasuk imej lengkap kedua-dua model berkenaan terdedah sebelum debut rasminya, baru-baru ini menerusi dokumen kelulusan yang diperoleh di China.

Juga baca: Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harley-Davidson X350, X500 (2023) buat kemunculan, imej lengkap, perincian terdedah, tunggu masa nak lancar? 01

Harley-Davidson X500

Apa yang menarik, dokumen kelulusan itu turut mendedahkan beberapa perincian penting kedua-dua model berkenaan terutama membabitkan trenkuasa yang digunakan.

Untuk model Harley-Davidson X350, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 353 cc, 2 Silinder Parallel-twin yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 37 Hp.

Harley-Davidson X350, X500 (2023) buat kemunculan, imej lengkap, perincian terdedah, tunggu masa nak lancar? 02

Harley-Davidson X350

Tetapi menurut dokumen itu, berat Harley-Davidson X350 mencapai angka 195 kg dengan kelajuan maksimum dibatasi pada angka 143 km/j.

Untuk model Harley-Davidson X500, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 500 cc, 2 Silinder Parallel-twin yang turut digunakan Benelli Leoncino 500 yang berupaya menghasilkan kuasa sekitar 47 Hp.

Juga baca: Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250

Harley-Davidson X350, X500 (2023) buat kemunculan, imej lengkap, perincian terdedah, tunggu masa nak lancar? 03

Imej render yang terdedah sebelum ini

Tetapi bukan sekadar trenkuasa, Harley-Davidson X500 turut menggunakan pelbagai komponen Leoncino 500 seperti di bahagian suspensi, rim namun penggayaannya diubah seperti 'Scrambler'.

Sekalipun menarik, tidak diketahui sama ada kedua-dua model berkenaan hanya dikhaskan untuk pasaran China sahaja.

Harley-Davidson X350, X500 (2023) buat kemunculan, imej lengkap, perincian terdedah, tunggu masa nak lancar? 04

Imej membabitkan Harley-Davidson X500 yang terdedah sebelum ini

Ini kerana selain China, Harley-Davidson dikatakan turut menjalin kerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal India, Hero MotoCorp untuk menghasilkan motosikal berkuasa rendah tetapi premium.

Juga baca: LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda