![Hasil kerjasama dengan Geely, Proton dapat akses ke teknologi terkini dalam produksi kereta 01]()
Kerjasama antara Proton dengan Geely yang terjalin selama ini dapat memberi akses kepada teknologi-teknologi terkini kepada jenama kereta nasional kita.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, kerjasama strategik ini membabitkan pelbagai pembekal komponen dalam proses membangunkan sesebuah model, sekaligus meningkatkan daya saingan di antara vendor. Menariknya, hasil perkongsian teknologi integrasi rantaian bekalan dari Geely juga dapat menghasilkan komponen yang lebih berkualiti. Dalam wawancara beliau bersama Berita Harian, Roslan memberitahu bahawa pendedahan kepada standard antarabangsa dalam proses yang terlibat juga menyumbang kepada peningkatan kualiti komponen secara berterusan.
![Hasil kerjasama dengan Geely, Proton dapat akses ke teknologi terkini dalam produksi kereta 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Jelas Roslan, “Antara teknologi baharu yang diketengahkan adalah sistem sambungan pintar, sistem pengaktifan suara dengan sistem kenderaan, tangka bahan api jenis polimer, kemasan dalaman mewah dan bermacam-macam lagi”.
Kerjasama Proton dengan pengeluar kenderaan terbesar di China itu juga telah mewujudkan skala ekonomi yang optimum. Sebagai contoh, vendor boleh mendapatkan bahan mentah pada harga yang lebih kompetitif selain dapat mengurangkan kos pengeluaran.
![Hasil kerjasama dengan Geely, Proton dapat akses ke teknologi terkini dalam produksi kereta 01]()
Dengan bantuan Geely juga, vendor berpeluang untuk bekerjasama dengan syarikat lain, sekaligus meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan potensi perkongsian.
Di samping itu, Roslan memberitahu bahawa pembinaan kilang enjin Proton yang baru pada tahun lepas serta kilang ‘stamping’ pada tahun ini telah mengembangkan lagi penyertaan pembekal tempatan, hasil daripada tahap kualiti tinggi yang ditekankan dan proses pembuatan komponen yang berkait.
![Hasil kerjasama dengan Geely, Proton dapat akses ke teknologi terkini dalam produksi kereta 02]()
Ulas Roslan, “Melalui penyepaduan proses dan amalan pengurusan kualiti yang dipraktikkan dalam Geely, keyakinan pengguna telah dikembalikan dan ini dapat dilihat melalui peningkatan jualan serta tahap kepuasan pelanggan”.
Juga baca: Proton sudah menjual lebih 100k unit kereta setakat Ogos 2023, 1 bulan awal berbanding 2022!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });