window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hasil simpanan 2 tahun, pasangan ini beli Toyota Calya RM 53k secara 'cash', siap guna syiling!

Faisal · Oct 8, 2022 08:00 PM

Hasil simpanan 2 tahun, pasangan ini beli Toyota Calya RM 53k secara 'cash', siap guna syiling! 01

Baru-baru ini, tertular satu kisah di wilayah Jambi, Indonesia yang mana sepasang suami isteri membeli sebuah Toyota Calya yang berharga 173 juta rupiah (~RM 53k) secara tunai. Tetapi apa yang lebih hebat adalah mereka melengkapkan pembelian MPV 7 tempat duduk segmen B itu dengan hanya menggunakan duit syiling sahaja.

Hasil simpanan 2 tahun, pasangan ini beli Toyota Calya RM 53k secara 'cash', siap guna syiling! 02

Untuk pengetahuan anda, duit syiling yang mereka guna adalah jenis 1,000 rupiah, kira-kira RM 0.30.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasangan suami isteri yang masing-masing bernama Agus Riyanto dan Emilia itu pada awalnya sudah membawar 150 juta rupiah (~RM 46k). Selebihnya pula dibayar menggunakan duit syiling yang berjumlah 18 juta rupiah (~RM 5.5k).

Hasil simpanan 2 tahun, pasangan ini beli Toyota Calya RM 53k secara 'cash', siap guna syiling! 01

Menariknya, disebabkan syiling itu terlalu banyak, seramai 15 pekerja telah membantu untuk mengira kesemua wang tersebut.

Hasil simpanan 2 tahun, pasangan ini beli Toyota Calya RM 53k secara 'cash', siap guna syiling! 02

Kata jurujual Toyota di bilik pameran terlibat, “Kami mengira duit itu dari jam 11 pagi hingga 3.30 petang”.

Hasil simpanan 2 tahun, pasangan ini beli Toyota Calya RM 53k secara 'cash', siap guna syiling! 03

Menurut Agus sendiri, duit syiling itu sudah dikumpul sejak 2 tahun yang lalu iaitu hasil daripada perniagaan kedai runcit mereka.

Sumber: Kamparan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda