window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia

Faisal · Mar 25, 2021 06:00 PM

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 01

Lima hari lepas, Ho Wah Genting Berhad (HWGB) dan anak syarikatnya, HWGB EV telah menandatangani tiga Memorandum of Understanding (MoU) dengan tiga pihak di China. Menariknya, kesemua MoU berkait dengan pemasangan dan jualan kereta elektrik China di Malaysia.

Tetapi sebelum itu, perlu dimaklumkan bahawa Ho Wah Genting tiada sebarang kaitan dengan Genting Highlands Resort. Berbalik kepada topik, MoU yang pertama melibatkan Seiyong Motor, iaitu pengeluar kereta elektrik China yang ditubuhkan pada tahun 2017. Pengumuman ini agak membingungkan kerana Seiyong bukanlah syarikat kereta yang bagus.

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 02

EVeasy EV3

Untuk maklumat anda, MoU ini bertujuan untuk mengkaji kebolehlaksanaan HWGB EV memasang (CKD) dan mengagihkan kereta EV Seiyong di Malaysia di bawah satu jenama yang baru (belum diumumkan). Sebagai ganti, HWGB EV akan peroleh saham Seiyong sebanyak 20%.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 01

Seiyong S1

MoU yang kedua ialah dengan Xiamen Chief, iaitu sebuah syarikat China yang ditubuhkan pada tahun 2000 untuk mereka dan memasang bas elektrik, kereta golf, dan kereta elektrik jarak pendek.

Bahagian saham yang akan dikongsi dengan HWGB EV pula adalah sebanyak 10%.

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 02

MoU yang ketiga pula ialah dengan Aitou, iaitu sebuah syarikat pelaburan China. MoU ini mengkaji kebolehlaksanaan Aitou untuk melabur terhadap projek HWGB EV. Sebagai ganti, HWGB EV akan peroleh bahagian sebanyak 5%.

Ketiga-tiga MoU ini sah untuk 12 bulan. Apapun, perlu dimaklumkan bahawa MoU adalah satu bentuk cadangan, bukannya persetujuan.

Walau bagaimanapun, MoU ini agak pelik kerana HWGB bukannya syarikat automotif. Syarikat ini hanya ada hubungan rapat dengan pemasang kabel elektrik. Pada masa yang sama, mereka menguruskan servis percutian (termasuk servis bas untuk ke Genting Highlands Resort).

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 03

Mengenai Seiyong S1 yang disebutkan tadi, Seiyong Motor bukanlah sehebat Xpeng ataupun Nio – pengeluar kereta elektrik China yang setaraf Tesla.

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 04

Malah, beberapa pihak termasuklah rakan kami di China menggelarkannya sebagai ‘sampah’.

Apa yang lebih kelakar ialah Seiyong S1. Untuk pengetahuan anda, kereta elektrik ini sebenarnya adalah sebuah EVeasy EV3. Apa yang berbeza hanyalah logo. Itupun hanya di bahagian luar. Logo EVeasy di bahagian stereng tidak ditukar langsung.

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 05

Apapun, Seiyong S1 hadir dengan bateri 31.9 kWh yang boleh memandu kereta elektrik ini sejauh 302 km untuk sekali cas. Kelajuan tertinggi pula hanyalah setakat 100 km/j.

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia 06

Di China, model ini berharga diantara CNY 69,800 ke CNY 83,800 (RM 44,219 - RM 53,088). Julat harga ini adalah sama dengan Ora R1. Tetapi sekurang-kurangnya, Ora R1 berada dalam jenama Great Wall Motor (GWM) yang jauh lebih berprestij.

Juga bacaGreat Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda