![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 01]()
Jenama Haval mungkin sedikit asing di Malaysia apatah dengan permulaan langkah kiri ketika ia mula-mula bertapak. Namun begitu, Haval tetap gah di tanah besar kelahirannya.
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 02]()
Tahukah anda Haval sebenarnya antara jenama yang terkenal di China? Haval menjual sebanyak 52,734 unit Haval H6 sahaja. Geely pula? 46,040 unit kesemua model SUV pada bulan Oktober 2020.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 01]()
Melalui pameran automotif Guangzhou baru-baru ini, mungkin anda boleh memahami kenapa jualannya amat memberansangkan. Lihat sahaja Haval H6 yang ditayangkan ini, sebuah SUV yang bersaing rapat dengan Geely Boyue (Proton X70).
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 02]()
Memang mudah jika kita mengatakan bahawa faktor pelaris bagi Haval H6 adalah sokongan tempatan tetapi ia tidak semudah itu. Haval mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran melalui tawaran-tawaran SUV yang sangat baik.
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 03]()
Gril yang besar memberikan kehadiran Haval H6 seolah-oleh dirasai. Ia nampak mirip dengan rekaan Proton X70 tetapi kehadirannya memberikan perasaan yang gergasi.
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 04]()
Pada bahagian dalam, corong penyaman udara tersisir rapi dengan binaan yang kemas pada papan pemuka. Skrin infotainment 10.25 inci dan skrin meter digital memberikan rasa kualiti yang lebih premium.
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 05]()
Konsol tengah turut menggunakan tuas gear berbentuk bulat. Rekaan yang sangat minimalis dapat dilihat. Ruang simpanan juga memastikan konsol tengah yang lebih kemas.
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 06]()
Enjin 1.5 liter berkuasa Turbo empat sebaris menggerakkan Haval H6. Kuasa kuda dan tork masing-masing dicatatkan pada 168 PS / 285 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan (DCT).
![Haval H6 2021 - ini pesaing sebenar Proton X70 dan jauh lebih laku! 07]()
Di Malaysia, Haval tampil menawarkan beberapa model seperti Haval H2 dan Haval H9. Kedua-duanya masih lagi sebuah SUV yang agak baik tetapi kekurangan strategi pemasaran yang baik mengurangkan kesedaran jenama Haval sendiri. Jika Haval Malaysia mahu berubah, kami di Wapcar sedia membantu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen