window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah!

Faisal ยท Jul 13, 2022 09:00 AM

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 01

Di Australia, jualan Haval H6 sebenarnya cukup memberangsangkan. Disebabkan itu, SUV segmen C ini akan hadir dengan versi coupe pula. Bakal dikenali sebagai Haval H6 GT, ia akan mula dijual di Australia seawal bulan ini.

Juga bacaPerbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6!

Menurut GoAuto iaitu laman automotif di Australia, GWM Haval Australia asalnya hendak melancarkan SUV itu pada awal tahun ini tetapi dengan kemelut isu bekalan peralatan dan komponen, ia tidak dapat dilaksanakan seawal itu. Apapun, produksi Haval H6 GT telahpun bermula pada Mei lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 01

Untuk sekarang pula, syarikat ini sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Haval H6 GT (telah debut di China sebagai H6S) dan mereka memberitahu bahawa harganya tidak akan jauh beza dengan model sekarang.

Sebagai konteks, Haval H6 biasa bermula pada 33,990 AUD (~RM 102,000) dan penawarannya mencecah harga 46,490 AUD (~RM 140,000).

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 02

Dari segi visual, Haval H6 GT tampil dengan bumbung ala coupe, spoiler dua lapis dan ekzos jenis kembar. Menariknya, wajah di depan nampak agak berlainan dengan H6 biasa yang mana ia memperlihatkan gril lebih lebar dan tambahan intake pada bahagian bawah.

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 03

Berkenaan dimensi pula, apa yang sama di antara Haval H6 dan H6 GT adalah jarak roda yang mana kedua-duanya berukuran 2,738 mm.

Haval H6 GT vs Haval H6
  Haval H6 GT Haval H6
Panjang (mm) 4,727 4,653
Lebar (mm) 1,940 1,886
Tinggi (mm) 1,729 1,724
Jarak roda (mm) 2,738 2,738

Masuk ke bahagian trenkuasa, Haval H6 GT menggunakan enjin 2.0L turbo yang sama seperti H6 dan ia menghasilkan 204 PS dan 320 Nm tork. Kuasa sebanyak ini diurus oleh transmisi DCT 7 kelajuan.

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 04

Walaupun dengan mekanikal yang serupa, Haval H6 GT tampil istimewa dengan brek Brembo dan tayar Michelin.

Selain daripada itu, ciri yang didatangkan kekal sama dengan H6 biasa. Antaranya seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi stop & go, amaran pelanggaran hadapan, bantuan pengekalan dalam lorong dan amaran keluar lorong.

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 05

Menariknya, Haval H6 GT telah mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam Australasia New Car Assessment Program (ANCAP).

Juga bacaHaval H6 Hybrid mendapat skor 5 bintang sempurna pada ujian ANCAP; Siapa kata kereta China tak selamat?

Setelah dijual di Australia nanti, Haval H6 GT akan menjadi SUV coupe paling murah di negara itu.

Haval H6 GT - Haval H6 versi seksi, akan debut di Australia sebagai SUV coupe termurah! 06

Kembali ke Malaysia, GWM Sales Malaysia Sdn Bhd telah bertapak bagi menguatkan semula pengaruh dalam pasaran kita. Apapun kalau ada rezeki, Haval H6 GT mungkin dirasmikan juga di Malaysia sekiranya prestasi jualan H6 menunjukkan angka yang memuaskan.

Juga bacaSAH: GWM akan memasuki Malaysia dengan Haval H6 & Jolion, tahun 2022 lebih banyak jenama China!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda