window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu?

Faisal · Sep 27, 2022 09:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun berlegar di jalan raya kita lebih awal, Haval H6 PHEV nampaknya akan dilancarkan di Thailand terlebih dahulu, mungkin seawal Oktober 2022. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana Haval H6 Hybrid sendiri dah lama menerajui pasaran SUV segmen C di Thailand.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 01

Dari segi teknikal, Haval H6 PHEV menggunakan enjin 1.5L turbo yang sama dengan varian hibrid tetapi dengan bantuan motor elektrik. Gabungan dua sumber kuasa ini menghasilkan 330 PS dan 530 Nm tork.

Juga baca2022 Haval H6 Hybrid dilancarkan di China - dari RM 98k, output kuasa mengagumkan cecah 326 PS/530 Nm!

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 02

Bateri 34 kWj jenis litium ternary yang dipadankan berupaya memberi jarak pandu elektrik sejauh 201 km (standard NEDC) dan ia dicaj menggunakan pengecas CCS Type 2. Sokongan pengecasan pantas DC dan pengecasan AC konvensional juga ada.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 03

Untuk pengecasan pantas DC, mengecaj dari 0 – 80% hanya mengambil masa 35 minit. Kalau anda guna pengecas normal AC, mengecaj dari 0% ke penuh akan mengambil masa sehingga 6 jam. Apapun, Haval dan GWM Thailand belum lagi mendedahkan kadar output maksimum untuk pengecasan Haval H6 PHEV.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 04

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 05

Pada bahagian luar, apa yang membezakan Haval H6 PHEV dengan varian hibrid adalah gril Star Matrix yang lebih besar dan lencana PHEV pada bahagian belakang.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 06

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 07

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 08

Antara ciri yang dilengkapkan termasuklah rim 19 inci, bumbung suria panoramik dan but belakang berkuasa. SUV ini turut datang dengan pilihan warna hitam, putih, kelabu, biru dan merah.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 09

Masuk ke bahagian dalam pula, pemilik disambut dengan tema warna dwi-tona hitam krim dan trim warna emas ros yang mana ia nampak premium dan mahal. Sama seperti SUV China yang lain, interior Haval H6 PHEV juga didominasikan oleh kluster digital 10.25 inci dan infotainment 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 10

Antara ciri yang ditawarkan pada bahagian dalam termasuklah:

  • Penyejuk tempat duduk hadapan
  • Penyaman udara automatik
  • Pengecas tanpa wayar
  • Lampu ambient lighting
  • Tombol gear elektronik jenis nob

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 11

Di samping itu, Haval H6 PHEV juga sarat dengan sistem keselamatan ADAS seperti:

  • Intelligent ACC yang memperlahankan kenderaan sewaktu mengambil selekoh
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Integration Intelligent Parking (IIP)
  • Auto Reversing Assistance (ARA)
  • Wisdom Dodge Assistance (WDS) yang menjaga jarak dengan kenderaan yang berat dan besar
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Blind-spot warning

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 12

Haval H6 Hybrid.

Di Thailand, harga Haval H6 PHEV belum lagi diumumkan tetapi ia mungkin didedahkan seawal Oktober 2022. Sebagai konteks, Haval H6 Hybrid ditawarkan pada harga 1,149,000 THB (~RM 140k). Jadi, harga Haval H6 PHEV nanti akan lebih mahal daripada ini.

Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu? 13

Haval H6 PHEV ketika intipan di Malaysia sekitar tempat pelancaran semula jenama ini di tanah air kita.

Untuk Malaysia, GWM kini diwakilkan oleh Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd dan mereka merancang untuk melancarkan beberapa model termasuklah Haval H6. Jadi, adakah ini pencabar paling hebat kepada Proton X70 yang mengungguli pasaran kita selama ini? Sama-sama kita nantikan impaknya.

Juga bacaSPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China?

Sumber foto: Rakan di AutoFun TH

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda