window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely?

Haris · Feb 11, 2021 10:00 AM

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 01

Haval, sebuah jenama automotif yang bernaung di bawah Great Wall Motor (GWM) kini telah mengesahkan kehadiran mereka di pasaran Thailand.

Sehubungan daripada pelancaran model Haval H6 dan Ora (subsidiari kereta elektrik), Haval dilihat mengambil jalan berbeza untuk mengembangkan perniagaan ke Asia Tenggara dengan strategi tersendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 01

Go Auto Manufacturing Sdn Bhd

Great Wall Motor memiliki 3 buah kilang pemasangan di Asia Tenggara di lokasi yang strategik. 3 pasaran automotif terbesar ASEAN (Thailand, Indonesia dan Malaysia) masing-masing mempunyai kilang pemasangan GWM. Di Malaysia, GWM bekerjasama dengan Go Auto dalam pemasangan kenderaan untuk pasaran eksport.

Baca: Go Auto umum projek bernilai RM 1.5 bilion di Kedah

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 02

Selain daripada lokasi di segitiga emas ASEAN, GWM juga memiliki kilang pemasangan di India yang dibeli daripada General Motors.

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 03

Haval H6 yang baru dilancarkan

Antara model yang mendapat perhatian ramai adalah model Haval H6. Pelancaran Haval H6 di Thailand semalam menandakan kehadiran SUV ini dalam pemanduan sebelah kanan (Right Hand Drive) yang pertama di dunia. SUV segmen C ini akan mula dipasang di kilang Rayong, Thailand bermula suku kedua tahun 2021.

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 04

Haval H6 dijangka akan ditawarkan di Malaysia tetapi status pemasangan CBU atau CKD masih belum dapat disahkan. Ketika ini, 3 model Haval yang sudah ada di Malaysia adalah Haval H1, Haval H2 dan Haval H9.

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 05

Strategi perkembangan perniagaan GWM adalah kerjasama tempatan agak penting bagi memastikan kelestarian jenama tersebut.

Tugas syarikat-syarikat tempatan ini adalah supaya perancangan produk adalah mengikut citarasa masyarakat setempat sekaligus memastikan bahawa ianya akan berjaya dalam pasaran masing-masing.

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 06

Haval H6 generasi baru

Sebagai perbandingan, Geely mengembangkan perniagaan di pasaran Asia Tenggara dan pemanduan sebelah kanan (RHD) melalui Proton.

Langkah ini menyukarkan model Geely untuk bersaing dengan model CKD dalam negara seperti Thailand dan Indonesia. Jumlah jualan model Geely di bawah Proton juga diambil kira dalam jumlah jualan tahunan Geely Group.

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 07

Proton X50 diintip di Thailand

Model pemasangan tempatan (CKD) adalah penting untuk pasaran seperti Malaysia yang mengenakan cukai yang tinggi untuk model CBU dan Indonesia yang mengenakan kuota import. Thailand juga tidak terkecuali dengan cara tersendiri untuk menghalang import kereta pemasangan luar.

Baca: Polisi automotif Thailand mensabotaj eksport kereta Malaysia

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely? 08

Dengan kerjasama tempatan yang baik, GWM dijangka akan mengukuhkan reputasi jenama seperti Haval dan Ora di rantau Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, risiko untuk memilih rakan kongsi tempatan yang kurang memuaskan juga masih ada, seperti yang terjadi pada jenama Peugeot, Citroen dan Kia.

GWM telah mengumumkan 8 model akan dilancarkan dalam 3 tahun akan datang. Mampukah Haval menembusi pasaran Malaysia? Nyatakan di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Haval H1 1.5 Comfort AMT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda