window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hero banjir, ‘Abang Viva’ tak heran tawaran usahawan kosmetik nak bagi kereta baru

Haris · Dec 27, 2021 01:00 PM

Hero banjir, ‘Abang Viva’ tak heran tawaran usahawan kosmetik nak bagi kereta baru 01

Usahawan kosmetik di Malaysia memang tidak lekang dengan gimik pemasaran murahan malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi secebis perhatian. Malah, di musim banjir ini juga ada yang mengambil kesempatan menarik perhatian dengan menempel dengan hero banjir, misalnya ‘Abang Viva’ kita.

Sosok yang dikenali sebagai ‘Abang Viva’ itu dikenali sebagai Azwan Omar, 29, datang dari Melaka ke Selangor dan terbaru di Pahang dengan hanya berbekal RM 50, membawa sebuah bot yang diangkut menggunakan Perodua Viva miliknya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hero banjir, ‘Abang Viva’ tak heran tawaran usahawan kosmetik nak bagi kereta baru 01

Dalam satu temuramah bersama Utusan Malaysia, Azwan berkata bahawa dia langsung tidak memikirkan tentang tawaran seorang pengusaha kosmetik yang dikatakan mahu memberikan sebuah kereta baharu kepadanya.

Beliau mahu memberi fokus sepenuhnya kepada membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Untuk tidak menghampakan usahawan berkenaan, saya telah menghubunginya menerusi direct message (DM) di akaun Instagram (IG) miliknya.

Hero banjir, ‘Abang Viva’ tak heran tawaran usahawan kosmetik nak bagi kereta baru 02

Azwan kini seolah-olah selebriti

“Saya maklumkan kepadanya, buat masa ini saya tidak mahu fikir tentang itu, perbincangan tentang itu (hadiah kereta) boleh dibuat selepas saya balik Melaka. 

“Saya tidak mahu fokus saya pada ketika ini iaitu membantu mangsa yang terjejas akibat banjir terganggu. Buat masa ini saya tiada masalah bergerak dengan Viva saya,” ujarnya lagi.

Usahawan tersebut telah menarik perhatian ramai kerana telah memuat naik hantaran di Instagram untuk menawarkan kereta baharu untuk Azwan, apabila percubaan menghubunginya melalui whatsapp gagal. Menariknya, sebagai seorang jutawan muda seawal usia 19 tahun, entah mengapa tidak mampu mengupah seorang pembantu untuk menjejaki 'Abang Viva' sekiranya benar-benar mahu menyampaikan bantuan. 

Baca: Video: Tiada kompromi, ambulans terpaksa berhenti untuk beri laluan kepada ‘escort’ VIP

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda