window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k!

Khairil · Dec 7, 2022 07:00 PM

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 01

Yamaha Y15ZR atau julukan popular YSuku terus membuktikan ia masih relevan di pasaran Malaysia apabila diberikan kemas kini oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk versi terkini 2023.

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 02

Begitupun, kemas kini yang dibuat pihak HLYM itu hanya membabitkan perubahan 'kosmetik' dan menariknya, ia dilakukan hanya beberapa bulan selepas versi 2022 diperkenalkan pada April lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 01

Selaras dengan kemas kini membabitkan pilihan warna, HLYM turut mengemaskini penawaran harga untuk versi terbaharu yang datang dengan empat pilihan warna itu kepada RM 8,998 asas (tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran).

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 02

Sebagai info, harga yang diumumkan HLYM untuk Yamaha Y15ZR ketika dikemaskini pada April lalu adalah RM 8,498 (asas).

Juga baca: Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k!

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 03

Seperti dinyatakan, tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa dibuat dengan kemas kini yang dilakukan membabitkan pilihan warna dan corak grafik baharu.

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 04

Pilihan warna terkini dan katanya lebih menarik yang ditawarkan ialah:

  • Kuning
  • Perak
  • Hijau Matt 
  • Jingga

Mengulas ringkas trenkuasa, Yamaha Y15ZR dikuasakan enjin bersesaran 149.7 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 05

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 06

Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 15.4 PS pada 8,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 6,500 rpm dan ia juga patuh piawaian emisi Euro4.

HLYM kemas kini lagi Yamaha Y15ZR (2023), warna, harga baharu, asas meningkat RM 8.9k! 07

Kepada yang berminat, Yamaha Y15ZR (2023) ini sudah pun mula dihantar ke cawangan pengedar sah HLYM seluruh negara. Setiap pembelian seperti biasa akan menerima kunci cakera khas HLYM bernilai RM 100.

Juga baca: Yamaha Y15ZR - Kebal kritikan, reka bentuk ‘hensem’, jadi ramuan ‘takhta’ yang sukar digugat!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda