window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat!

Khairil ยท Sep 8, 2021 04:30 PM

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 01

Mengikuti pasaran lain di rantau ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini penawaran warna bagi motosikal 'Naked' aras mula popularnya, MT-15 di Malaysia.

Tiga pilihan warna baharu diperkenalkan untuk motosikal dengan julukan 'Spirit of Darkness' itu adalah Kelabu, Hitam dan Biru dengan corak grafik turut dikemaskini.

Juga baca: Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 01

Ketika dilancarkan di pasaran tempatan, penghujung tahun lalu, HLYM memberikan dua opsyen warna iaitu Yamaha Blue dan Ice Fluo.

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 02

Sebagai model yang baharu diperkenalkan, tiada perubahan berlaku dari sudut reka bentuk mahupun spesifikasi teknikal. 

Juga baca: Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!

Justeru, model berkenaan masih dikuasakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan teknologi VVA. Transmisi adalah enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 03

Sebagai jentera yang lincah, MT-15 menghasilkan kuasa setinggi 19.3 Hp pada 10,000 rpm dan tork  14.7 Nm pada 8,500 rpm. 

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 04

Pilihan warna Yamaha MT-15 (Hitam)

Antara spesifikasi menarik dan membuatkan motosikal ini tampak lebih premium selain memberikan tunggangan yang mantap adalah dengan penggunaan fork jenis terbalik (USD) manakala suspensi belakang tampil dengan penyerap hentak tunggal.

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 05

Pilihan warna Yamaha MT-15 (Kelabu)

Sistem brek pula menggunakan cakera depan dan belakang dengan set roda adalah 110/70-R17 (depan) dan 140/70-R17 (belakang). Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan lengan ayun aluminium yang ringan, panel meter digital LCD, set lampu depan dan belakang serta lampu siang (DRL) LED dengan reka bentu menarik.

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 06

Pilihan warna Yamaha MT-15 (Biru)

Informasi lain mengenai Yamaha MT-15 adalah seperti berikut: 

  • Kapasiti tangki minyak petrol - 10 liter
  • Berat - 133 kg
  • Ketinggian pelana - 810 mm

Juga baca: Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988

HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat! 07

Belum ada pengumuman rasmi mengenai harga untuk versi terbaharu MT-15 ini namun ketika dilancarkan, HLYM meletakkan tanda harga RM 11,988 (asas) dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 km.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda